LAPORAN 'PEPTALK'
Pelapor :
Pn. Roseniza Bt Setapa
Disampaikan oleh : En Sukimin B. Juki (Guru Besar SK Taman
Putra Perdana)
Kelas : 6 Kelicap dan 6
Helang
Tarikh : 13 Mei 2013
Masa : 8.15 pagi hingga 8.45 pagi.
Tajuk
:
Berani Mengambil Peluang
·
Peluang
yang disediakan oleh pihak sekolah.
§ Guru besar bertanyakan
kepada murid yang hadir pada hari Sabtu lepas (11 Mei 2013) kerana pada hari
tersebut pihak sekolah telah mengadakan Program Motivasi Tahun 6 Fasa II dan
Karnival 1BestariNet Virtual Learning Environment.
§ Murid-murid diharapkan
dapat merebut peluang dan menghargai peluang tersebut dengan melibatkan diri
dalam setiap aktiviti yang disediakan.
·
Peranan
murid-murid untuk merebut peluang.
§ Guru besar mengingatkan
murid-murid agar tidak bertangguh.
Murid-murid juga diingatkan tentang tarikh peperiksaan UPSR yang semakin
hampir. Oleh itu, murid perlu merebut peluang yang ada untuk mengulang kaji.
§ Murid-murid juga digalakkan
merebut peluang untuk mewakili sekolah.
Murid-murid perlu berfikiran positif tentang diri.
§ Peluang ada secara individu
dan ada secara berkumpulan. Contohnya
murid bekerjasama membersih kelas untuk memenangi Kelas Terbersih Mingguan.
§ Sejak dari kecil kita
dilatih untuk merebut peluang. Contohnya
mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah, menolong guru yang
membawa buku yang banyak, dan tegur
kawan yang tidak beratur.
·
Untuk
mencipta peluang bukannya mudah,
§ Peluang yang mampu untuk
menjaga diri sendiri dan menjaga orang di sekeliling. Contohnya belajar bersungguh-sungguh,
seterusnya mendapat pekerjaan yang baik dan dapat membentuk sahsiah diri yang
disukai oleh orang lain sekali gus dapat membentuk kehidupan yang sempurna.
·
Sebagai
penutup, Guru Besar menyarankan agar murid-murid merebut peluang kerana peluang
tidak akan datang kali kedua.
No comments:
Post a Comment