Objektif program :
1) Menambah pengetahuan murid mengenai kerjaya-kerjaya tertentu melalui aktiviti-aktiviyang dijalankan.
2) Membantu meningkatkan motivasi murid serta mengasah bakat-bakat tertentu yang bersesuaian dengan kecenderungan diri masing-masing.
Sebanyak 37 buah sekolah di daerah sepang telah menghantar wakil murid untuk menyertai program tersebut. SK Taman Putra Perdana juga tidak ketinggalan dengan menghantar 4 orang peserta iaitu:
1) Muhammad Ikmal Haris Bin Fazir (6 Merpati)
2) Nur Asyiqin Binti Mohamed Esa (6 Merpati)
3) Muhammad Syazwan Bin Sa'ari (6 Tiung)
4) Irdina Fakhira Binti Mohd Fadzir (6 Tiung)
Atur cara program:
8.00 pagi - Pendaftaran peserta dan sarapan pagi di UNIKL MIAT
8.30 pagi - Pecah Bendungan dan pembahagian kumpulan
10.00 pagi - Kudapan
10.15 pagi - Lawatan sambil belajar ke IPD Sepang
12.30 t/hari - Makan tengah hari di kantin IPD Sepang
1.15 petang - Solat Zohor di surau IPD Sepang
2.00 petang - Bertolak ke UNIKL MIAT
2.30 petang - Taklimat kerjaya oleh kaunselor UNIKL
3.30 petang - Refleksi diri/rumusan program
4.30 petang - Majlis perasmian penutupan
Penyampaian sijil dan cenderamata
5.00 petang - Bersurai
Gambar-gambar sepanjang program dijalankan:
Perjalanan dari SKTPP ke UNIKL MIAT
Sesi pendaftaran
Peserta dibimbing supaya sentiasa bekerjasama dan saling hormat menghormati
Aktiviti dalam kumpulan.
Peserta dikehendaki mengingat setiap nama rakan dalam kumpulan dan nama sekolah.
Perjalanan dari UNIKL ke IPD Sepang.
Terdapat 3 buah bas yang disediakan oleh IPD Sepang.
Peserta turun dari bas dan berbaris menuju ke pintu masuk IPD Sepang.
Kehadiran peserta disambut oleh pegawai IPD Sepang
dengan iringan lagu 'Aku yang dulu bukanlah yang sekarang' .
Menanti persembahan yang akan ditunjukkan oleh unit khas PDRM
Persembahan 'Rompakan' bertempat di dataran IPD Sepang.
Aksi yang ditunjukkan amat mendebarkan.
Peserta dibawa ke Cawangan Persenjataan
Peluru dipamerkan di sudut yang berada di dalam Bilik Senjata
Taklimat yang disampaikan oleh Sarjan Gunasegaran dan Sarjan Kamisan di Cawangan Kereta Peronda
Salah sebuah kereta peronda jenis Mitsubishi, kelajuannya sehingga 300 km/j.
Kenangan manis untuk peserta yang lahir pada bulan Oktober termasuklah seorang peserta dari SKTPP, Muhammad Ikmal Haris (6 Merpati) kerana pihak IPD dan PPD Sepang membuat kejutan dengan mengadakan majlis meraikan ulangtahun kelahiran mereka.
Taklimat kerjaya yang disampaikan oleh kaunselor UNIKL.
Peserta diminta membuat jet menggunakan sekeping kertas.
Bergambar bersama guru pengiring di helipad UNIKL
No comments:
Post a Comment