Sambutan Hari Kanak-Kanak
peringkat sekolah telah diadakan pada hari Selasa, 1 Oktober 2013, bertempat di
Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Objektif Hari Kanak-Kanak diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan
penghormatan kepada kanak-kanak dan
mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai
tanggungjawab untuk memberi perlindungan, kebajikan dan kesejahteraan kepada
mereka.
Sambutan tersebut telah
dirasmikan oleh Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman
Putra Perdana. Antara aktiviti-aktiviti
yang telah diadakan adalah seperti yang berikut:
1) Ucapan
wakil murid oleh Anis Zarith Sofia binti Zam Azizol.
2) Penyampaian
hadiah “Murid Contoh 2013” kepada Muhammad Syazwan bin Sa’ari.
Bergambar bersama ibunya. |
3) Acara
sukaneka
4) Penyampaian
hadiah sukaneka
Syabas diucapkan kepada semua guru dan murid yang telah
bekerjasama dalam menjayakan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah.
No comments:
Post a Comment