Hari
: Isnin
Tarikh
: 7 Oktober 2013
Masa
: 6.10 -6.40 petang
Guru
Bertugas :
1.
Encik Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
2.
Puan NoorHafizan binti Che Abd Rahman
3.
Puan Nor Maziah binti Abdul Malek
4.
Puan Azura Farina binti Abdullah
Laporan:
1.0 Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
- Nyanyian
Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
- Bacaan
Doa oleh pengawas, Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (3 Zeta)
- Ikrar
Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Azura Farina binti
Abdullah
- Ikrar
Murid oleh Ketua Pengawas sesi Petang, Alya Fariha binti Azairy
2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu
Lepas (Puan Nur Suriati binti Ismail )
- Puan
Nur Suriati meminta agar murid-murid mengambil langkah-langkah keselamatan
dan menjaga keselamatan masing-masing ketika berada di sekolah mahupun
ketika berada di luar kawasan sekolah.
- Keadaan
Dewan Perdana yang agak bising sewaktu beratur hendaklah diatasi.
Murid-murid perlu mematuhi arahan guru supaya senyap dan beratur dengan
tertib selepas loceng berbunyi sewaktu sesi persekolah bermula dan selepas
waktu rehat.
3.0 Ucapan
Guru Disiplin ( Puan Arnny Yusnita binti Md.Enarji)
·
Puan Arnny Yusnita
member teguran kepada murid-murid tentang keselamatan sewaktu berbasikal ketika
datang dan pulang dari sekolah.
·
Keadaan ini
membimbangkan kerana boleh berlaku pelbagai kemungkinan serta perkara-perkara
yang tidak diingini boleh berlaku tanpa disedari.
·
Murid-murid diminta
berpakaian lengkap ketika datang ke sekolah termasuklah berlencana dan tanda
nama.
4.0 Ucapan
Guru Bertugas (Puan Azura Farina binti Abdullah)
·
Puan Azura Farina
memperkenalkan guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada
murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi boleh berhubung dengan guru bertugas.
·
Perkataaan LAWAD :
Bahasa Melayu – jujur
: lurus hati
Bahasa Inggeris – songwriter : pencipta
lagu
5.0 Penyampaian
Hadiah Saguhati (Kutipan Cyclothon)
·
Penyampaian hadiah
saguhati ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang
mendapat pungutan kutipan yang tertinggi. Di antara penerima hadiah saguhati
ini ialah:
1) Adik
Daim Firnas - 1
Hematologi
2) Adik
Nur Ezwin Umairah - 2 Zuhal
3) Adik
Hurin Batrisya - 2 Zuhrah
4) Adik
Muhammad Syameel - 1 Radiologi
6.0 Ucapan PK Petang (Encik Rosdin
bin Ibrahim)
- PK
Petang memberi teguran kepada murid agar menghormati guru dan setiap
majlis yang dijalankan.Sikap hormat-menghormati perlu dididik sejak dari
kecil.
- Beliau
mengharapkan agar murid-murid dapat mengawal sikap untuk tidak menimbulkan
suasana yang bising sewaktu sesi
beratur mahupun sewaktu sesuatu majlis berlangsung. Murid-murid perlulah
menghormati arahan guru dan majlis yang sedang diadakan.
- PK Petang
mengalu-alukan kedatangan tiga orang guru baharu yang mulai bertugas pada
hari ini iaitu:
1) Zalina binti Ismail
2) Ummu Athiah binti Haji Hashim
3) Asma binti Abdul Malik
- Beliau,
meminta guru-guru berkenaan memperkenalkan diri masing-masing di hadapan
guru-guru dan murid-murid sesi petang.
7.0 Hal-hal
lain
·
Program Tasmik berjalan
seperti biasa pada minggu ini.
·
Peperiksaan Jawi akan
diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh/Hari
|
Masa
|
Mata pelajaran
|
9/10/2013 (Rabu)
|
2.00-3.00 petang
|
Jawi
|
10/10/2013
(Khamis)
|
2.00-3.00 petang
|
Bahasa Arab
|
·
Aktiviti kokurikulum
pada hari Rabu ditangguhkan.
Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang
Disediakan oleh:
Puan Azura Farina binti Abdullah
Gambar-gambar sepanjang majlis perhimpunan
berlangsung:
Bacaan doa dari adik Asyraaf Aqasha |
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang disampaikan oleh Puan Azura Farina selaku Pengacara Majlis.
Bacaan Ikrar Murid yang disampaikan oleh ketua pengawas, Alya Fariha
Ucapan laporan guru bertugas minggu lalu yang disampaikan oleh Puan Nur Suriati.
Ucapan dari Puan Arnny Yusnita selaku guru disiplin
Penyampaian Hadiah Saguhati Kutipan Cyclothon
Ucapan Guru Penolong Kanan Petang, En. Rosdin B. Ibrahim
Barisan guru baharu yang
bertukar mulai Oktober 2013 sedang memperkenalkan diri . SELAMAT DATANG KE
SKTPP….
No comments:
Post a Comment