... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 11, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Kedua (Sesi Pagi)

Hari: Isnin
Tarikh: 11 Januari 2016
Masa: 7.30 - 8.30 pagi

Guru Bertugas
1. Ustaz Mahadir bin Midun
2. Puan Julaili binti Onian
3. Puan Rafidah binti Salleh
4. Puan Nurul Iman binti Illyas
5. Puan Nurzainon binti Razalli
6. Puan Nurliza binti Ab Rahman
7. Puan Parimala a/p Vengadaslam
8. Puan Noor Hafizan binti Che Abd Rahman

Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

  • Nyanyian tiga buah lagu: lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah
  • Bacaan doa oleh pengawas bertugas
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Ustaz Mahadir bin Midun
  • Bacaan ikrar murid oleh pengawas bertugas
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: Puan Norhayati binti Mohamed Nor

1. Program Maju Diri (PMD)
- Tahniah kepada semua murid sesi pagi kerana telah menjayakan program ini dengan baik sekali. Diharapkan program tersebut dapat memberi pendedahan dan penerapan nilai-nilai positif dalam diri semua murid.

2. Penggunaan Pagar
- semua murid dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Tujuannya untuk mengelakkan kesesakan pada waktu pagi dan balik sekolah.

3. Kipas
- murid-murid diminta memastikan suis kipas ditutup sebelum keluar dari kelas (semasa rehat atau untuk ke bilik-bilik khas) untuk menjimatkan elektrik.

4. Kebersihan Tandas
- menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihan tandas. Flush/pam tandas selepas digunakan. Jangan bermain dan bergurau di dalam tandas.

5. Budaya Memberi Salam
- teruskan amalan memberi salam kepada guru-guru dan orang yang lebih tua. 

LAWAD

BM: Melentur buluh biar dari rebungnya = proses mendidik dan mengajar anak harus bermula sejak kecil lagi.
BI: Appear = muncul


Ucapan Guru Bertugas: Ustaz Mahadir bin Midun


Murid-murid diingatkan supaya menjaga dan meningkatkan disiplin diri masing-masing. Patuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan supaya segala-galanya berjalan dengan lancar. Sekiranya terdapat sebarang masalah, murid-murid diingatkan supaya memaklumkan kepada guru-guru yang bertugas sepanjang minggu ini.

Ucapan Guru Disiplin: Encik Shahrizal bin Ya'am

1. Murid-murid dilarang membawa gajet ke sekolah terutama telefon bimbit. Murid-murid digalakkan menggunakan telefon awam atau telefon di pejabat sekiranya terdapat sebarang masalah.

2. Murid-murid dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi penggunaan tangga yang telah ditetapkan seperti berikut:-
  Tangga UUM - tahun 4 kecuali 4 Respiratori dan 4 Surgeri yang akan menggunakan tangga USM.
    Tangga USM - tahun 5
    Tangga UKM - tahun 6

3. Semua murid dilarang menggunakan atau melintas kawasan di Dataran Perhimpunan kecuali sekiranya melakukan aktiviti bersama guru dan semasa waktu perhimpunan. 

4. Semua murid tidak dibenarkan balik pada waktu Kokurikulum (sebelum pukul 4.00 petang). Murid-murid Muslim akan solat Zohor secara berjemaah. Murid lelaki akan solat jemaah di Dewan Putra manakala murid perempuan solat jemaah di surau.

5. Murid-murid juga diingatkan supaya menjaga penampilan diri masing-masing terutama dari segi rambut, tanda nama, lencana sekolah, kasut, stoking, pakaian yang bersih dan kuku (tidak boleh diwarnakan/inai).

6. Buku LAWAD perlu disediakan oleh semua murid semasa perhimpunan mingguan. Sekiranya murid-murid tidak mempunyai buku nota kecil, maka murid-murid boleh menggunakan buku komunikasi sebagai buku LAWAD. Catatan LAWAD akan dipantau oleh guru-guru bertugas dan guru disiplin.

Ucapan PK HEM Puan Jamilah binti Ariffin

1. Buku teks - sekiranya masih ada murid yang belum menerima buku teks, bolehlah maklumkan perkara ini kepada guru kelas atau berjumpa dengan Puan Jamilah binti Yusof. Buku teks perlu dibalut dan dijaga dengan elok daripada sebarang kerosakan.

2. Tanda nama dan lencana perlu dipakai oleh semua murid. Murid-murid boleh menempah tanda nama di pejabat sekolah atau dengan guru kelas.

3. Semua murid dinasihatkan supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas. 

4. Terdapat 25 orang murid PPKI di sekolah kita buat masa ini. Murid-murid diingatkan supaya menghormati kesemua murid PPKI dan dilarang melakukan kes buli terhadap mereka.

5. Pada 16.02.2016 ini, Bilik Sumber PPDa sekali lagi akan menjalani proses penghakiman kali ke-2 untuk menentukan kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga. Murid-murid diminta melakukan persediaan dengan menghafal visi dan misi PPDa.  Sahabat PPDa diharap dapat memberikan persembahan dengan yakin semasa penghakiman / penarafan tersebut.

Pengumuman

Aktiviti Kokurikulum (Unit Beruniform) akan dijalankan pada minggu ini bermula jam 2.00 - 4.00 petang.

Puan Norhayati Mohamed Nor menyampaikan laporan guru bertugas minggu lepas

Ustaz Mahadir selaku pengacara majlis pada pagi ini

Barisan guru bertugas minggu ke-2

Puan Jamilah selaku PK HEM menyampaikan ucapan beliau

Suasana semasa perhimpunan rasmi

Pelancaran Tabung Wakaf Surau
Guru Disiplin, Encik Shahrizal bin Ya'am menyampaikan taklimat disiplin

No comments:

Post a Comment