... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 11, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Kedua (Sesi Petang)

Guru Bertugas:

  1. Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
  2. Puan Nur Malisya Binti Omar
  3. Puan Nor Suriati Binti Ismail
  4. Puan Nurazlin binti Mat Nor
  5. Puan Nornadzirah binti Abd Rahim
  6. Encik Zainuddin bin Kalam
  7. Encik Izwan
  8. Puan Siti Maziah binti Muhd Tajuddin (cuti bersalin)

Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

  • Nyanyian tiga buah lagu, iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
  • Bacaan doa oleh adik Muhammad Syahmi Wafiq (3 Tabla)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan bacaan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn Nur Marlisya binti Omar.
  • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Syahin Noryildiz (3 Tabla).

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: Pn Arnny Yusnita Binti Md. Enarji

  • Murid-murid dilarang berlari ketika menuju ke kantin. Murid-murid perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan. Semua murid dilarang melalui dataran perhimpunan.
  • Semua murid hendaklah memakai lencana dan tanda nama yang lengkap. 

Ucapan PK Petang: Pn Rosmah binti Jamat

  • Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas semasa ketiadaan guru dalam kelas terutama ketika waktu pertukaran masa guru.
  • Murid-murid yang berjalan kaki dan menaiki basikal perlu melalui Pagar A, manakala murid-murid yang menaiki kereta, motosikal atau van perlu melalui Pagar B.
  • Semua murid terutamanya murid Tahun 1 dilarang membeli air di mesin ketika waktu pembelajaran.

Ucapan Guru Besar: Pn Hjh Rohaidah Binti Mohd Ali

  • Perhimpunan merupakan satu proses pembelajaran dan pengajaran (pdp).
  • Puan Rohaidah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa terutamanya ibu bapa murid-murid Tahun 1 atas kerjasama yang diberikan atas kepercayaan melepaskan anak-anak mereka kepada pihak sekolah dengan segera dan tidak lagi berada di kawasan sekolah.
  • Surat makluman kegiatan kokurikulum tidak lagi diedarkan oleh pihak sekolah. Murid Tahun 3 yang tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum perlu sertakan surat mohon pelepasan dari ibu bapa kepada pihak sekolah setiap kali aktiviti koku.
  • Sekolah telah menyertai pertandingan PPDa pada tahun lepas. Sekolah akan dinilai semula (penarafan) pada 16 Februari 2016 untuk menentukan kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga peringkat Negeri Selangor. Diharap semua murid, ibu bapa dan warga sekolah akan bersiap sedia untuk menghadapi penarafan tersebut umtuk merealisasikan visi dan misi PPDa.

Pengumuman

  • Aktiviti Kokurikulum akan bermula pada 13 Januari 2016 (Rabu) dari jam 7.40 hingga 10.00 bagi Murid Tahun 3. (Encik Idzwan)
  • Setiap Jumaat, tabung wakaf surau akan diedarkan ke masjid-masjid dan surau-surau di daerah Sepang. Tabung juga ada digantung di kedai buku dn kantin sekolah (Ustaz Hafiz)

    Pengerusi Majlis; Pn Nur Malisya Bt Omar

 PK Petang; Pn Rosmah bt Jamat

  Pelancaran Tabung Wakaf Surau 
                     
          Guru-guru baharu SKTPP (sesi petang)

Disediakan oleh:
Pn Nurazlin binti Mat Nor

No comments:

Post a Comment