... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 25, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-16 (Sesi Petang)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 25 April 2016
Masa    : 1:20 - 2:05 petang

Guru bertugas:
  1. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
  2. Pn. Salmi bt Amir
  3. En. Saifullah bin Mat Saupi
  4. Cik Zalina bt Ismail
  5. Pn. Hastipa @ Zaiton bt Mat Daud
  6. En. Rusmami bin Rusly
Laporan / Ulasan
1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
 a. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Pn. Salmi


 b. Bacaan doa oleh pengawas


 c. Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Hastipa binti Mat Daud


Murid-murid membaca ikrar
 d. Ikrar Murid

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Azura Farina)


  • Murid-murid mesti memperbaiki disiplin masing-masing. Sewaktu rehat pastikan tidak berlari dan bermain. Gunakan waktu rehat untuk makan dan solat.
  • Guru menasihati supaya murid menghindari bergurau sesama mereka sehingga mencederakan satu sama lain. Jangan bergurau dengan menyorokkan kasut kawan.
3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Tahun 1     JOHAN:              1 Intelek
                  NAIB JOHAN:   1 Bestari
                  KETIGA :           1 Cerdik


Tahun 2    JOHAN:               2 Ferum
                 NAIB JOHAN:    2 Platinium
                 KETIGA:             2 Vanadium

Tahun 3    JOHAN:              3 Angklung
                 NAIB JOHAN :  3 Nafiri
                 KETIGA  :          3 Bonang 

4. Ucapan Guru Besar (Pn. Hjh. Rohaidah bt Mohd Ali)

  • Peperiksaan Pertengahan Tahun dipercepatkan kepada 10 Mei 2016. Murid-murid diminta mengulangkaji pelajaran. 
  • Pada 3 Mei 2016 akan  ada Lawatan PPDa oleh Guru-Guru Penolong Kanan HEM Daerah Gombak. Pastikan murid menjaga disiplin dengan menunjukkan tingkah laku yang baik
  • Pergerakan Jawatan telah berlaku dalam pentadbiran SKTPP. Pn. Rosmah bt Jamat telah dilantik menjadi PK HEM menggantikan Pn. Jamilah Ariffin, manakala Pn. Jumilah Ahmad dilantik sebagai PK Petang menggantikan Pn. Rosmah Jamat.
5. Ucapan PK Petang (Pn. Jumilah bt. Ahmad)

  • Murid-murid perlu menanamkan budaya ucap selamat kepada guru-guru supaya ilmu berkat.
  • Tanamkan nilai murni dengan melemparkan senyuman dan memberi ucapan kepada yang lebih tua.
  • PK Petang menasihati murid supaya selalu berpakaian kemas dan bersih ke sekolah. Pastikan rambut tersisir kemas dan kuku dipotong pendek.
Perhimpunan ditangguhkan pada pukul 2:05 Petang.

No comments:

Post a Comment