Tarikh : 13 Februari 2017
Hari : Isnin
Masa : 1.20 pm
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Encik Noorhisyam Bin Mohd Nor
Guru Bertugas :
1. Pn Salmi Binti Adnan
2. Pn Azura Farina Binti Abdullah
3. Pn Saadiah Binti Basrah
4. Pn Nazahiyah Binti Ab Rahman
5. Pn Holwani Binti Yahaya
Laporan / Ulasan :
1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah
lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin
oleh Pn. Salmi Binti Amir.
2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan Ikrar
Murid di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Encik Noorhisyam Bin Mohd Nor
4. Laporan Guru Bertugas Oleh Puan Azizah Binti Abdul Hamid
- Murid dinasihati supaya tidak berlari ketika turun tangga ke kantin dan ketika waktu akhir persekolahan.
- Murid dilarang pergi ke kabin atas faktor keselamatan.
- Murid perlu sentiasa berhati-hati ketika melalui sekitar longkang sekolah dan dinasihatkan supaya tidak berlari-lari.
5. Memperkenalkan barisan guru bertugas
6. Tema Minggu ini : (Adab kepada guru)
Guru bertugas memaklumkan bahawa setiap murid hendaklah menjaga adab ketika bersama guru supaya ilmu yang diperolehi sentiasa melekat di hati dan mudah diamalkan. Murid juga dinasihati agar sentiasa memberi salam ketika berjumpa guru sama ada di dalam atau di dalam kawasan sekolah
7. Pengumuman
Aktiviti Kokurikulum (Kelab/Permainan) berjalan seperti biasa.
8. Pelancaran
Majlis Pelancaran PPDa dan Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa 2017.
Barisan Guru Bertugas
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
Pengacara Majlis Pelancaran PPDa oleh Puan Arnny Yusnita Binti Md. Enarji
Ucapan Penolong Kanan Petang :
Puan Jumilah Binti Ahmad
Murid sedang memberi perhatian kepada ucapan Penolong Kanan Petang
Barisan Sahabat PPDa 2017
Perhimpunan rasmi dan Majlis Pelancaran PPDa tamat pada pukul 2.20 petang.
Disediakan oleh: Puan Salmi Binti Adnan.
No comments:
Post a Comment