Alhamdulillah,
Program Jalinan Kasih Bersama Guru dan Ibu Bapa Murid Tahun 6 telah berjalan
dengan lancar pada 4 Februari 2017 (Sabtu). Program ini disambut baik dengan
kehadiran para ibu bapa yang begitu komited dalam memastikan kecemerlangan
anak-anak mereka. Turut hadir bersama pihak pentadbir sekolah dan juga
guru-guru ialah YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Mohamad Suffian dan NYDP PIBG
En. Mohamad Rahmat bin Sahman.
Program ini
diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang padu antara ibu bapa dan
guru dalam usaha meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki
UPSR tahun ini, Pelbagai agenda disusun dengan teliti agar dapat mendatangkan
hasil yang memberangsangkan.
Antara agenda yang dibincangkan dan dikongsi
bersama dalam majlis ini ialah penerangan program-program peningkatan UPSR 2017,
penetapan target dan sasaran UPSR 2017, format serta keperluan bagi setiap subjek teras.
Sesi pendaftaran bermula seawal jam 8.00 pagi
PK Pentadbiran & Kurikulum, Pn. Azizah Mokhlas mewakili Guru Besar memberikan ucapan
Pembentangan Penyelaras
Tahun 6 dan guru bagi setiap subjek oleh guru terlibat
Sesi Soal jawab
Guru-guru tahun 6 2017 SKTPP
Para ibu bapa dan guru-guru yang memeriahkan Majlis Jalinan Kasih SKTPP
Disediakan oleh:
Norbaizura Nordin
No comments:
Post a Comment