Tarikh : 20 Februari 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 am
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Rosmawati binti Desa
Guru Bertugas :
1. Pn Rosmizawati binti Yusub
2. Pn Rosmawati binti Desa
3. Pn Junaidah binti Rus
4. Pn Arjunawati binti Ahmad Nuze
5. Pn Asma binti Malik
6. Pn. Norhana binti Nordin
7. En. Mohd Rusydan bin Ismail
Atur Cara Majlis
- Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah.
- Bacaan doa.
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya (Pn. Rosmawati binti Desa).
- Bacaan Ikrar murid.
- Laporan guru bertugas minggu lepas.
- Pengumuman keputusan kebersihan kelas.
- Ucapan guru bertugas mingguan.
- Ucapan pihak pentadbir - PK Kokurikulum (En. Shahrizal bin Ya'am).
- Majlis Perasmian Pelancaran Jaulah Imtiyaz bagi tahun 2017.
Laporan bertugas Minggu Lepas (Minggu 7) - En. Hafiz bin Md Noor
1. Elakkan datang ke sekolah jika sakit, ini kerana masalah untuk menghantar pulang ke rumah.
2. Disiplin murid-murid apabila naik ke kelas semakin baik.
3. Diharapkan agar ramai murid dapat menyalin perkataan LAWAD setiap hari sewaktu perhimpunan harian di dalam buku nota.
Pengumuman Keputusan Kebersihan Kelas
PPKI
- Pertama - Petanque
- Kedua - Aquatics
- Ketiga - Archery
Tahun 4
- Pertama - Nafiri
- Kedua - Kompang
- Ketiga - Canang
Tahun 5
- Pertama - Surgeri
- Kedua - Ortopedik
- Ketiga - Kardiologi
Tahun 6
- Pertama - Neptun
- Kedua - Zuhrah
- Ketiga - Marikh
Ucapan Guru Bertugas Mingguan - Pn. Rosmawati binti Desa
Tema mingggu ini adalah Adab Dengan Rakan.
1. Kita perlu berbaik sangka dengan rakan.
2. Menghulurkan bantuan kepada mereka apabila amat memerlukan bantuan.
2. Menghulurkan bantuan kepada mereka apabila amat memerlukan bantuan.
3. Bersikap jujur sesama kawan.
4. Jangan cemburu dengan kejayaan rakan-rakan sebaliknya cemburulah dengan kejayaan itu dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang serupa.
5. Jangan mentertawakan rakan-rakan apabila mereka mengalami kegagalan.
6. Jangan mengejek rakan-rakan apabila rakan memberikan pendapat.
7. Jangan mengejek dengan menggunakan panggilan yang tidak disukainya.
8. Minta izin apabila hendak menggunakan barang kepunyaan rakan.
9. Menghulurkan bantuan yang ikhlas dan saling nasihat-menasihati sesama rakan.
10. Dalam usaha untuk memperolehi rasa hormat dan sayang dari rakan-rakan, berkawanlah secara baik dan pelihara adab-adab agar kita sentiasa dihormati dan dicari.
- Bahasa Melayu - Sepermainan : Sama-sama bermain
- Bahasa Inggeris - Mechanic : Mekanik
- Bahasa Arab - Wilayatun : Negeri
Ucapan PK Kokurikulum - En. Shahrizal bin Ya'am
1. Meminta agar murid-murid lebih berhati-hati ketika datang ke sekolah dan balik dari sekolah terutamanya bagi murid yang menunggang basikal dan murid yang berjalan kaki. Ini adalah untuk mengelak dari berlakunya sebarang kemalangan.
2. Ketika menunggang basikal, murid-murid diingatkan supaya tidak bersaing sesama sendiri. Sentiasa menunggang basikal dalam keadaan yang berhati-hati.
Majlis pelancaran Jaulah Imtiyaz ini dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali yang diadakan sejurus selepas habis program perhimpunan rasmi bagi minggu ke-8.
No comments:
Post a Comment