... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 3, 2017

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-13 (Sesi Pagi)

Tarikh: 3.4.2017
Masa: 7.30 - 8.00 pagi
Guru bertugas:
1. Pn. Maimunah binti Yob
2. Pn. Azlina binti Mat Isa
3. Pn. Nurrulhuda binti Yaacob
4. Pn. Nor-Azura binti Mustafa
5. Pn. Faridatul-Akmal binti Ismail
6. Pn. Norziani binti Zubir
7. Pn. Norbaizura
8. En. Dzarfan

Laporan Perhimpunan:

Perhimpunan sekolah dapat dijalankan seperti biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut:
1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas
2. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pn Azlina Mat Isa dan ikrar murid oleh adik Amira Syazana.
4. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Nor Hayati.
    4.1 Disiplin secara keseluruhannya terkawal.
    4.2 Kebersihan kelas dan kantin agak memuaskan.
    4.3 Guru-guru Pendidikan Jasmani perlu mengawasi murid-murid ketika sesi PdP untuk
 mengelakkan terjadinya kemalangan dan kecederaan.

5. Ucapan guru bertugas oleh Pn. Azlina. Tema: Peraturan di Kantin Sekolah
    Sebelum makan
    5.1 Murid-murid diingatkan supaya beratur ketika membeli makanan.
    5.2 Sentiasa berbaris dengan tertib ketika membeli makanan bagi mengelakkan makanan yang
 dibeli jatuh atau tumpah.
    5.3 Dilarang membawa makanan ke dalam kelas.
    5.4 Makan di tempat yang telah disediakan.  Dilarang makan di dewan atau di pondok-pondok
 berhampiran dengan kantin.
    5.5 Pastikan bekas makanan diletakkan di dalam tempat yang disediakan dan sampah dibuang ke dalam tong sampah.
    5.6 Baca doa sebelum makan.
    Selepas makan
    5.7 Baca doa selepas makan
    5.8 Letakkan pinggan di tempat yang telah disediakan. Asingkan pinggan dan gelas
    5.9 Buang sisa makanan, bungkusan plastik dan segala sampah ke dalam tong sampah, bukan di atas penutup tong sampah.

6. Perkataan LAWAD
    Bahasa Melayu  -   mengekori = mengikuti
    Bahasa Inggeris -   ethnic = kaum
    Bahasa Arab      -   riihun = berangin

7. Keceriaan kelas.
    Tahun 4: 1. Kompang    2. Nafiri       3. Rebana
    Tahun 5: 1. Respiratori  2. Surgeri    3. Patologi
    Tahun 6: 1. Zuhrah        2. Neptune  3. Uranus

8. Ucapan Guru Besar
    8.1 Guru Besar mengingatkan semua warga SKTPP mengenai tarikh keramat dan bersejarah buat sekolah kita iaitu 6 April 2017 - 
tarikh Penghakiman Bilik Sunber PPDa peringkat kebangsaan.
    8.2 Beliau juga mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga tingkah laku dan memberi salam kepada pelawat/hakim yang hadir pada hari tersebut.  Sentiasa bersedia menyatakan misi dan visi PPDa sekiranya disoal.
    8.3 Murid-murid juga diingatkan supaya sentiasa memberikan kerjasama kepada guru-guru ketika aktiviti PPDa dijalankan seperti Laungan Wow.
    8.4 Guru Besar meminta semua warga SKTPP mendoakan kejayaan Bilik Sumber PPDa sekolah kita selaku wakil negeri Selangor.

9. Ucapan dan pelancaran Highly Immersive Programme (HIP) oleh Guru Besar Pn Rohaidah bt. 
Mohd Ali.
    9.1 Pn Rohaidah melahirkan rasa syukur kerana majlis perhimpunan dapat berjalan dengan lancar dan baik.
    9.2 Beliau mengingatkan murid-murid supaya sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan bagi menjayakan program HIP ini.
    9.3 Pn. Rohaidah berharap agar dengan adanya program HIP ini, murid-murid dapat memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris selaras dengan visi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam MBMMBI.














No comments:

Post a Comment