Tarikh: 10 April 2017
Masa : 1.20 – 1.50
petang
Guru Bertugas :
1.
Pn. Azizah Binti Abd. Hamid
2.
Pn. Hasliza Binti Said
3.
Pn. Salina Binti Mohd Tasu
4.
Pn. Ranjiny Rajah
5.
En. Muhammad Saifol Bin Ngabiah
Laporan Perhimpunan:
Perhimpunan sekolah dapat dijalankan seperti biasa. Agenda
perhimpunan adalah seperti berikut:
1. Bacaan doa
oleh pengawas bertugas.
2. Nyanyian lagu
Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah
3. Bacaan ikrar
Rukun Negara oleh Pn. Salina Bt Mohd Tasu dan Ikrar oleh Nur Hasya Sofea Zuraidi.
4. Laporan guru
bertugas minggu lepas Pn. Maizara Binti Mahat.
- · Ucapan tahniah kepada semua murid yang berdisiplin yang baik terutamanya pada hari pelawat hadir ke sekolah.
- · Mengingatkan murid agar menutup kipas semasa rehat dan bilik-bilik khas selepas menggunakannya.
- · Murid juga selalu meninggalkan sampah di dewan. Makanan yang ada plastik harus dibuang ke dalam tong sampah.
Keceriaan
Kelas
Tahun 1 :Pertama Ibnu Bajah: Ke- 2 Al-Biruni : Ke-3 Ibnu Khaldun
Tahun 2 :Pertama Jujur : Ke-2 Dedikasi : Ke-3 Arif
Tahun 3: Pertama Vanadium : Ke- 2 Titanium : Ke-3 Kuprum
5. Ucapan guru
bertugas oleh Pn.Salina Binti Mohd Tasu
- Tema : Kepentingan Sarapan
Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam
kehidupan. Ia membekalkan tenaga untuk menjalankan segala aktiviti sepanjang
hari dengan cergas dan produktif. Antara kebaikan dan
kepentingan sarapan.
I) Memastikan
metabolisme badan sentiasa pada tahan optimum
Selepas bangun dari tidur, perut kita telah kosong selama
lebih kurang 10 jam. Jika kita tidak sarapan, dan skip terus ke makan tengah
hari, perut kita kosong lebih dari 12 jam. Ini akan menyebabkan otak menghantar
signal untuk menurunkan metabolism badan. Dan apabila kita makan tengah hari,
badan kita berada dalam mod berehat, jadi apa yang kita makan waktu tengah hari
itu tidak dibakar dengan efektif, ini akan menyebabkan penghasilan lemak dalam badan.
ii) Mengelakkan kita makan secara berlebihan.
Apabila perut kita kosong, kita akan mengambil makanan lebih
dari keperluan kita. Ini menyebabkan kita sukar menurunkan berat badan.
iii) Membekalkan tenaga
Dengan mengambil sarapan pagi, kita memberi badan kita
tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan
lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.
Perkataan Lawad
BM-Merobohkan
BI-Classroom
BA-Kursiyun
Ucapan Pentadbir : (PK Petang Pn.Jumilah Binti Ahmad)
- · Mengingatkan murid supaya melunaskan Sumbangan PIBG dengan segera dan jangan ditangguhkan terlalu lama.
- · Mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga kelakuan dan adab sesama rakan dan guru. Jangan berlari-lari ketika keluar kelas kerana masalah kecederaan sering berlaku sama ada ditolak atau jatuh sendiri.
- · Mengingatkan supaya apabila keluar daripada kelas wajib memakai pas keluar
Barisan guru bertugas minggu ini. |
Ucapan guru bertugas pada minggu ini Pn.Salina Bt Mohd Tasu. |
Bacaan ikrar oleh adik Nur Hasya Sofea. |
Pemenang keceriaan kelas. |
No comments:
Post a Comment