... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 10, 2017

Laporan Perhimpunan Minggu ke-14 (Sesi Pagi)

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-14 (Sesi Pagi)
Tarikh: 10 April 2017
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Guru Bertugas :
1.      Pn. Astina binti Mahad Nor
2.      En. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
3.      Pn. Nurul Iman binti Illyas
4.      Pn. Nor Sakila binti Mohamad
5.      Pn. Musaliha  binti Mustafa
6.      Pn. Norfauziaton binti Mohamad
7.      Pn. Nurul Izziani binti Mohd Latifi
8.      Pn. Parimala a/p Vengadaslam

Laporan Perhimpunan:

Perhimpunan sekolah dapat dijalankan seperti biasa. Agenda perhimpunan  adalah seperti berikut:
1.      Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2.      Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah
3.      Bacaan ikrar Rukun Negara oleh En. Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin dan Ikrar Ketua Pengawas oleh Hanis Nabilah Binti Hairul
4.      Laporan guru bertugas minggu lepas; Pn. Azlina Binti Mat Isa.
·        Ucapan tahniah kepada semua murid yang berdisiplin yang baik terutamanya pada hari Khamis.
·       Mengingatkan murid yang membawa mainan ke sekolah. Sekiranya beli di kedai buku atau  di luar kawasan sekolah, simpan dahulu dan main di rumah.
·       Mengingatkan murid–murid menggunakan Pas Keluar sewaktu keluar daripada bilik darjah.
·         Dua orang murid sahaja dibenarkan masuk ke bilik guru.
·         Keceriaan Kelas
Kelas PPKI : Pertama : Archery, Ke-2 : Kriket, Ke-3 : Petanque
Tahun 4 : Pertama : 4 Nafiri, Ke- 2 : 4 Kompang, Ke-3 : 4 Rebana
Tahun 5 : Pertama : 5 Respiratori, Ke-2 : 5 Surgeri, Ke-3 : 5 Hematologi
Tahun 6 : Pertama : 6 Zuhrah, Ke-2 : 6 Marikh, Ke-3 : 6 Pluto
                
5Ucapan guru bertugas oleh En. Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
·         Tema : Kepentingan Sarapan
Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Ia membekalkan tenaga untuk menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif. Antara kebaikan dan kepentingan sarapan;
I)  Memastikan metabolisme badan sentiasa pada tahap optimum
Selepas bangun dari tidur, perut kita telah kosong selama lebih kurang 10 jam. Jika kita tidak sarapan, dan skip terus ke makan tengah hari, perut kita kosong lebih dari 12 jam. Ini akan menyebabkan otak menghantar signal untuk menurunkan metabolism badan. Dan apabila kita makan tengah hari, badan kita berada dalam mod berehat, jadi apa yang kita makan waktu tengah hari itu tidak dibakar dengan efektif, ini akan menyebabkan penghasilan lemak dalam badan.
ii) Mengelakkan kita makan secara berlebihan.
Apabila perut kita kosong, kita akan mengambil makanan lebih dari keperluan kita. Ini menyebabkan kita sukar menurunkan berat badan.
iii) Membekalkan tenaga
Dengan mengambil sarapan pagi, kita memberi badan kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.
iv) Membentuk permakanan kita sepanjang hari
Menurut satu kajian, sarapan pagi mempengaruhi tabiat permakanan seharian kita. Jika kita mengambil makanan yang tidak sihat, kita akan cenderung untuk mengamalkan tabiat permakanan yang tidak sihat sepanjang hari. Sarapan juga membantu menurunkan berat badan.
·         Perkataan Lawad
ü  Bahasa Malaysia : memintas – kata dasar : pintas – melalui jalan yang paling dekat
ü  Bahasa Inggeris : above – atas
ü  Bahasa Arab : Matoru – hujan
6. Panyampaian Hadiah (Kursus Kenaikan Pangkat Staf Sarjan / Sarjan KRS dan Koperal / Lans Koperal TKRS).
·     Seramai 11 rang murid mengikut kursus Kenaikan Pangkat di SAM Bandar Baru Salak Tinggi selama 3 hari. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang terlibat.
·      Penyampaian Hadiah Oleh Pn. Azizah Binti Mokhlas dan diiringi oleh En Shahrizal Bin Ya’am.

·         Senarai murid yang menerima sijil dan pangkat seperti berikut:

BIL
NAMA PENUH PELAJAR
TING/KELAS
PANGKAT
1
MUHAMMAD RAFIQ BIN RAHMAD
6 UTARID
Koperal
2
MUHAMMAD IZZAD BIN MOHAMAD ZAIHAN
5 SURGERI
Koperal
3
MUHAMMAD ZIYYAD ISQANDAR BIN AZMEI
5 SURGERI
Lans Koperal
4
MUHAMMAD ALIFF NAJMI BIN IDRUS
4 REBANA
Koperal
5
ADAM BIN ISKANDAR HADI
4 TABLA
Koperal
6
MUHAMMAD DANISH AKIF BIN DZULKHARNAIN
4 TABLA
Koperal
7
NUR AININ SYAFILA BIN AZMI
5 SURGERI
Koperal
8
AZLIN SYUHADA BINTI MOHD ASRI
5 RADIOLOGI
Koperal
9
AUNI IZZATI BINTI SUHAIMI
4 TABLA
Koperal
10
HARRTHY DEVI A/P RAVEE
4 SERULING
Koperal
11
NURSYAFIQAH BIN MUHAMAD SHAMSULKHAIRI
4 REBANA
Koperal

7. Ucapan Pantadbir : (PK Kokurikulum : En Shahrizal bin Ya’am)
·         Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang menjayakan Majlis Penarafaan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017.
·         Mengingatkan murid-murid agar menyediakan buku catatan lebih awal.
·         Tahniah peserta TKRS dan Pandu Puteri Tunas yang mengikuti perkhemahan pada minggu lepas.
·         Semoga pasukan dan murid yang terplih menyertai pertandingan catur dan boling tenpin membawa kejayaan.
·         Perkhemahan Unit Beruniform di Jasin, Melaka. Utamakan keselamatan sepanjang perkhemahan dan ikut arahan guru.

Barisan Guru Bertugas Minggu Ini
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
Pemenang Keceriaan Kelas 
Penerima Sijil Kenaikan Pangkat TKRS
Ucapan PK Kokurikulum En. Shahrizal Bin Ya'am

No comments:

Post a Comment