Tuesday, June 13, 2017

Makluman Kepada Ibu bapa/Penjaga


1. Hari Jalinan Mesra 1

Hari Jalinan Mesra 1 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh
Sesi Pagi
Sesi Petang
16 Jun 2017
(Jumaat)
8.00 pg – 11.30 pg
2.30 ptg – 5.00 ptg
Tempat
Bilik darjah anak masing-masing

Adalah diharapkan ibu bapa/penjaga murid dapat meluangkan masa hadir ke sekolah berbincang dengan guru kelas tentang perkembangan pelajaran anak masing-masing. Kepada ibubapa/penjaga yang belum menjelaskan sumbangan PIBG sebanyak RM 50.00 sebuah keluarga diharap dapat berbuat demikian pada hari tersebut.


2. Sekolah Ganti dan Cuti Hari Raya Aidilfitri
Dimaklumkan sekolah akan bercuti Sempena Hari Raya Adidilfitri mulai 23 Jun 2017 (Jumaat) hingga 2 Julai 2017 (Ahad). Pada 23 Jun 2017 (Jumaat) merupakan cuti berganti.

Tarikh Cuti
Jenis Cuti
Tarikh Ganti
23.6.2017 (Jumaat)
Cuti Berganti
17.6.2017 (Sabtu)

Waktu Persekolahan
Sesi Pagi
7.20 pagi - 11.50 pagi
Sesi Petang
12.00 tghri - 3.10 petang

Murid dikehendaki hadir semula ke sekolah pada 3 Julai 2017 (Isnin).





3. Majlis Penutup Bulan Dakwah Dan Ihya' Ramadhan

Pada 22 Jun 2017 (Khamis), semua murid dikehendaki hadir pada sebelah pagi bermula 7.20 pagi – 12.50 tengah hari.  Pada hari tersebut akan diadakan Majlis Penutup Bulan Dakwah dan Ihya’ Ramadhan, Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada anak yatim / miskin serta sesi bersalaman.

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua murid, ibu bapa/penjaga & warga sekolah.


Image result for hari raya 2017 background


Disediakan oleh:
Nurul Azean

No comments:

Post a Comment