... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, June 20, 2017

Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2018 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 20 Jun 2017
Nama Sahabat PPDa
Dhania Batrisyia bt Supri (4 Tabla)
Nurhasya Sofea bt Zuraidi (3 Vanadium)

TAJUK : FAEDAH BERHENTI MEROKOK

Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
Kehidupan yang lebih sihat
* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.
* Meningkatkan   deria bau dan rasa.
* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.
* Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
* Menjimatkan wang.
* Melindungi alam sekitar dari pencemaran asap rokok.
* Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.

No comments:

Post a Comment