Thursday, June 15, 2017

Program Ceria Ramadan & Majlis Berbuka Puasa MAB Bersama Media Putrajaya

Pada 15 Jun 2017, bersamaan hari Khamis, seramai 43 orang murid SKTPP yang merupakan golongan asnaf telah menyertai program membeli-belah menjelang Aidilfitri dan berbuka puasa di IOI City Mall dan berbuka puasa di Le Méridien Putrajaya. Program ini merupakan anjuran Malaysia Airports Berhad (MAB) yang membiaya sepenuhnya murid-murid SKTPP dan SKTPP2.

Program dimulakan dengan aktiviti membeli-belah pakaian raya di Parkson IOI City Mall. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diiring oleh sukarelawan MAB. Setiap murid diperuntukkan sejumlah wang RM400.00 untuk membeli pakaian raya. Selesai membeli-belah, murid-murid dibawa ke banquet hall Le Meridien Putrajaya untuk majlis berbuka puasa bersama-sama VVIP dari MAB serta wakil dari media Putrajaya. Kemudian, majlis diteruskan dengan penyerahan duit raya sebanyak RM100.00 setiap seorang serta goodie bags bernilai RM150.00. Majlis tamat sekitar jam 9.30 malam.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Malaysia Airports Berhad atas sumbangan yang tidak ternilai. Semoga murid-murid SKTPP dapat berhari raya dengan gembira dan belajar mengenal erti kesyukuran menjelang Syawal yang mulia.












No comments:

Post a Comment