Alhamdulillah selesai sudah
Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang 2018. Majlis yang berlangsung dalam
dua sesi pagi dan petang, kelihatan meriah dan berjalan lancar.
Majlis pada sesi pagi
disempurnakan oleh Pn. Guru Besar, Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali manakala pada
sesi petang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwan Murid, Pn.
Rosmah bt Jamat.
Objektif program:
q Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang
disenangi oleh warga sekolah;
q Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan
murid selaras dengan keperluan semasa; dan
q Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan
murid.
Untuk makluman, antara pengisian
yang dirancang dalam Program Guru Penyayang sepanjang tahun 2018, adalah
:
q Mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan murid;
q Mentor mentee; dan
q Penghargaan murid (sambutan hari lahir)
Berikut adalah rakaman gambar
sepanjang program berlangsung:
1. Pn. Nor Arzah
Hussin mengacarakan majlis
2. Ustaz Muhamad Saifoll Ngabiah memimpin bacaan doa
|
Ucapan perasmian pelancaran program oleh PK HEM, Pn. Rosmah Jamat
|
Guru penyayang
|
Murid-murid yang disayangi
|
Acara memotong reben bunting dan kek sebagai gimik pelancaran program.
|
Suasana meriah selepas gimik pelancaran
|
Barisan guru, AJK Program Guru Penyayang 2018 (sesi petang)
|
No comments:
Post a Comment