Hari : Isnin
Tarikh : 15 Januari 2018
Masa : 1.20 – 1.50 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP
Guru Betugas :
1. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman (K)
2.
En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil
3. Pn.
Nor Maziah binti Abd. Malek
4. Pn.
Rabihah binti Amirudin
5. Pn.
Fadhilah binti Talib
6. Pn.
Siti Maziah binti Muhammad Tajuddin
7. Pn.
Zauiyah binti Ismail
AGENDA PERHIMPUNAN
1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri
Selangor, lagu sekolah dan lagu Aku Negaraku di bawah pimpinan Pn. Salmi binti
Amir
2. Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Abdul
Hafiz bin Abdul Halil.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan
jalan raya diketuai oleh Pn. Nor Maziah binti Abdul Malek.
4.
Laporan Guru Bertugas (Pn. Nazahiyah)
ü Murid
diingatkan untuk mempertingkat tahap disiplin.
ü Tidak
melompat ketika turun dari tangga kerana boleh mendatangkan kemalangan dan kecederaan.
ü Beratur
dengan tertib ketika membeli makanan dan minuman di kantin
ü Tidak
bermain-main di kawasan dataran perhimpunan.
5.
Memperkenalkan barisan guru yang
bertugas
6.
Ucapan Guru Bertugas (Pn. Nor Maziah binti
Abd. Malek)
Tema
: Visi dan Misi PPDa
SK Taman Putra Perdana Komited dalam melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah atau lebih dikenali sebagai Program PPDa. Ini bertepatan dengan slogan sekolah iaitu "SKTPP Cemerlang Tanpa DARVIH".
D - Dadah
A - Alkohol
R - Rokok
V - Vape
I - Inhalan
H - HIV/AIDS
Sebagai sebahagian daripada warga SK Taman Putra
Perdana yang mendokong serius program PPDa sejak sekian lama, semua warga sekolah perlu tahu dan faham tentang visi dan misi PPDa KPM, iaitu:
Visi PPDa - Sekolah Bebas Dadah
Misi PPDa – Melahirkan murid bebas
dadah melalui program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan
menyeluruh daripada aspek Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah.
7. Pelancaran Program
I’MFree peringkat sekolah
IMFree
merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan
murid sekolah rendah. Pada tahun 2018 ini, SKTPP telah dipilih oleh pihak JPN Selangor sebagai sekolah peluasan bagi melaksanakan program IMFree. Pelancaran program yang bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia
yang bebas daripada amalan merokok ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK
Taman Putra Perdana, Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.
Antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.
Pn. Nor Maziah mengacarakan majlis perhimpunan. Ustaz Abdul Hafiz memimpin bacaan doa. |
Barisan guru bertugas. |
Nyanyian lagu dipimpin oleh Pn. Salmi Amir Pn. Nazahiyah menyampaikan laporan guru bertugas. |
Pelancaran Program IMFreePengacara - Pn. Nor Rafini Othman Bacaan Doa - Ustaz Mohammad Saiffol Ngabiah Perasmi - Pn. Hjh Rohaidah Mohd Ali |
Kemeriahan pelancaran program IMFree |
Bersama simbol IMFree : 👌
No comments:
Post a Comment