... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 22, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-4 (Sesi Petang)

Tarikh : 22 Januari 2018
Masa   : 1.20 petang – 1.50 petang

Guru Bertugas :
1. En.Amirulfitri bin Othman
2. Pn.Zabedah binti Othman
3. Pn. Rohani binti Mansor
4. Pn. Nur Malisha binti Omar
5. Puan Nur Azizati binti Ahmad
6. Pn. Zalina binti Ismail
7. Pn. Nor Athirah Amani binti Muhammad Abdul Wahab

Laporan perhimpunan :
Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :
1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah, dan lagu Aku Negaraku.
2. Bacaan doa oleh pengawas bertugas iaitu Wan Mukhriz bin Wan Abdullah.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Nur Malisha binti Omar.
4. Bacaan Ikrar Murid yang diketuai oleh pengawas bertugas  iaitu Damia Batrisya binti Ibrahim.
5. Memperkenalkan guru yang bertugas pada minggu ini.






6. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Nor Maziah binti Abdul Malek:

  • Terdapat murid yang berlari ke arah pintu pagar sekolah sebelum bunyi lonceng.
  • Murid-murid yang datang dan balik sekolah menggunakan van dinasihatkan agar memaklumkan kepada pemandu van supaya turunkan murid di pagar B.

7. Laporan Guru Bertugas (Pn.Nur Malisha)


  • Puan Nur Malisha mengingatkan tentang kehadiran ke sekolah. Masih ada segelintir murid yang hadir lewat ke sekolah. Diharap murid-murid dapat hadir awal ke sekolah sebelum pukul 1.20 petang.
  • Mengingatkan agar menjaga kebersihan kelas. Murid-murid perlu bekerjasama agar kelas sentiasa bersih supaya dapat belajar dengan selesa.
  • Murid-murid dinasihatkan agar membawa buku LAWAD untuk mencatat perkataan LAWAD sewaktu perhimpunan.
  • Makluman aktiviti latihan rumah sukan bermula hari isnin hingga jumaat, dan murid dikehendaki memakai pakaian sukan. Latihan rumah sukan bermula jam 4.40 Petang hingga 6.40 Petang.

8. Senamrobik Cergas bersama MILO.




Disediakan Oleh : Nor Athirah Amani Binti Muhammad Abdul Wahab


No comments:

Post a Comment