Monday, July 16, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-26 (Sesi Pagi)

Tarikh: 16 Julai 2018
Hari: Isnin
Masa: 7.20 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan 

Senarai Guru Bertugas:
  1. En Srimahathevan a/l Vadivelu
  2. Encik Ahmad Mustafid bin Mat Shariff
  3. Cik Komagal a/p Kunaisekaran 
  4. Puan Arnny Yusnita bt Md Enarji
  5. Puan Roslina bt Jafar
  6. Puan Norinna bt Mohamed
  7. Puan Alinda
  8. Puan Azwani bt Noordin
  9. Puan Norliza bt Ali @ Yasim
  10. Puan Umi Nazrah bt Saharoni 
  11. Puan Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji
Agenda Perhimpunan :

1) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah.

  • Pasukan Puteri Islam memulakan kawad kaki bagi upacara tabik hormat dan menaikkan bendera.
  • Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Haziq Aiman bin Hamdan (6 Patologi)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh En Srimahathevan a/l Vadivelu
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Nurin 'Adlina bt Hassan (6 Surgeri)
Upacara Tabik Hormat


Upacara menaikkan bendera




Kawad Kaki

 2) Ucapan guru bertugas minggu lepas (9.7.2018 - 13.7.2018)

-Laporan disampaikan oleh Cik Roslinda bt Mansor
  • Ramai murid kehilangan duit. Guru menasihatkan murid supaya menjaga wang saku dengan baik. Murid-murid tidak digalakkan untuk membawa duit yang banyak. Murid-murid diingatkan supaya serahkan duit pada waktu pagi kepada guru jika membawa duit yang banyak seperti pembayaran seminar UPSR, 
  • Masih terdapat murid-murid yang datang lewat ke sekolah bukan murid yang menaiki van sekolah atau bas sekolah. Tetapi murid yang dihantar oleh ibu bapa. Murid-murid diingatkan supaya memaklumkan kepada ibu bapa bahawa murid-murid mesti berada di dalam kawasan sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. 

-Pengumuman kelas terbersih:

Tahun 4:
Johan - Uranium
Naib Johan - Elektrum
Tempat Ketiga - Vanadium

Tahun 5:
Johan - Kompang
Naib Johan - Canang 
Tempat Ketiga - Nafiri

Tahun 6:
Johan - Respiratori
Naib Johan - Surgeri
Tempat Ketiga - Radiologi

Kelas PPKI:
Johan - Soccer
Naib Johan - Pentaque
Tempat Ketiga - Archery




Penyampaian hadiah kepada kelas-kelas terbersih
3. Ucapan guru bertugas minggu ini (16.07.2018 - 20.07.2018) oleh En. Srimahathevan a/l Vadivelu

Tema: Minda cergas pemangkin kecemerlangan murid

Minda Cergas seringkali dikaitkan dengan badan yang sihat. Aktiviti senaman dan amalan makanan sihat amatlah perlu bagi kesihatan tubuh badan dan membentuk minda yang cerdas. Akal yang cerdas terletak kepada tubuh badan yang sihat’. Tubuh yang sihat dan cergas diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian. Antara salah satu faktor yang perlu diambil berat ialah faktor kesihatan. Kesihatan dapat dijaga apabila pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan perasa, bahan pengawet dan berkarbonat mestilah dihindari bagi memastikan saraf otak berjalan lancar kerana bahan seperti inilah yang melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar untuk menghafal sesuatu. Makanan seperti ini juga boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti berlaku. Jika terjadi sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk dijalankan. Oleh itu, sewajarnya kepada sesiapa yang mencari-cari kecemerlangan diri dan kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga pemakanan anda, ‘Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan’.

5. Majlis penyampaian hadiah Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2018


Pada 6 Julai 2018 hingga 10 Julai 2018 Korobori Pengakap kanak-kanak peringkat kebangsaan telah berlangsung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu. Murid-murid PPKI telah berjaya menyelesaikan tugasan dan aktiviti yang diberikan dengan jayanya. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang berlangsung. 

Guru pengiring
1) Noor Hayati Yusof 
2) Muhammad Afiq Bin Azli

Murid - murid PPKI (peserta kem)
1) Putri Nurdini Damia Bt. Muhammad
2) Munirah Wafiah Bt. Zamri
3) Muhammad Najib Haikal Bin Abdullah


Murid-murid PPKI yang menerima hadiah dan sijil 
Guru pengiring dan murid-murid yang menyertai 
Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kbangsaan 2018

6) Penghargaan Kepada Murid-murid Tahun Enam Yang Cemerlang Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018

Syabas diucapkan kepada murid-murid Tahun Enam yang telah menunjukkan peningkatan dalam keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2018. Pihak sekolah berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada semua murid tersebut.

Seramai 6 orang murid memperoleh keputusan 6A, 8 orang memperoleh keputusan 5A 1B dan seorang memperoleh 5A 1C.

Berikut adalah senarai nama murid yang terlibat:
1. Zarif Hilman bin Mohd Hazril (6 Surgeri) - 6A
2. Shireen binti Raimi (6 Respiratori) - 6A
3. Iean Hamzah bin Hamizan (6 Surgeri) - 6A
4. Amalia Huda binti Mohd Saidi (6 Surgeri) - 6A
5. Hanna Safea binti Rashid (6 Surgeri) - 6A
6. Reeshmenraj a/l Jaiganesh (6 Surgeri) - 6A
7. Muhammad Adam Azfar bin Mazlan (6 Surgeri) - 5A 1B
8. Nur Afiah Safiya binti Yusnizam (6 Surgeri) - 5A 1B
9. Muhammad Ilham Firdaus bin Nor Hoda (6 Surgeri) - 5A 1B
10. Muhamad Zulkhairi bin Zulbakri (6 Surgeri) - 5A 1B
11. Daim Firnas bin Suhar (6 Surgeri) - 5A 1B
12. Muhammad Aqil Fitri bin Zaimie (6 Surgeri) - 5A 1B
13. Muhammad Luqman Hakim bin Mohd Sahar (6 Surgeri) - 5A 1B
14. Muhammad Muaz bin Mohd Yusop (6 Surgeri) - 5A 1B
15. Niqa Abyana binti Mohd Zaimi (6 Surgeri) - 5A 1C

Semoga kecemerlangan 15 orang murid ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua murid Tahun Enam untuk memperoleh keputusan 6A dalam UPSR nanti.



Pengacara Majlis - Pn Zailezah bt Sardi 


Penyampaian cenderamata oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali,
Guru Besar SK Taman Putra Perdana


Tahniah kepada semua murid yang berjaya


Semoga terus berjaya


Terima kasih cikgu-cikgu..

6. Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan Persatuan Pandu Puteri Tunas


Pada 5.7.2018 hingga 7.7.2018 SKTPP telah menghantar peserta ke perkhemahan cuti pasukan Persatuan Pandu Puteri Tunas Daerah Sepang. Perkhemahan itu telah diadakan di Kem Latihan Khidmat Negara, Princess Haliza Sepang. 

Penerima Sijil Pencapaian Cabaran Pandu Puteri

Johan            :  Farah Nuradlina Binti Ahmad Faisal 
Naib Johan    : Asha Rania Binti Sallehudin
Tempat ke-3  :  Amirah Syadiyah Binti Samsuri 
Saguhati       : 
1) Nur Arissa Nuha Bt Mohd Amin
2) Dhiya Nur 'Aishah Bt Mohd Rusdi
3) Siti Zulaikha Binti Mohd Zaizi
4) Nur Alya Syuhanis Binti Shahrizal

 Guru pengiring dan peserta 
Pasukan Persatuan Pandu Puteri Tunas 

7. Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Hoki MSSD bawah 12 tahun 2018

Seramai 16 orang murid perempuan dan 18 orang murid lelaki telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Hoki MSSD bawah 12 tahun mewakili sekolah kita. Syabas dan tahniah kepada murid-murid kita yang telah memenangi tempat ketiga dalam kategori perempuan dan Johan dalam kategori lelaki. Mereka telah mengharumkan nama sekolah kita. Tahniah dan terima kasih juga kepada pengurus pasukan En. Aizil Hasyimi Bin Abdul Rahman dan jurulatih En. Mohd Ishak Shairazi Bin Mohd Sauzi atas usaha membimbing dan melatih murid-murid. Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan dengan jayanya.

Guru Besar menyampaikan sijil dan hadiah kepada peserta
Kejohanan Hoki MSSD Bawah 12 tahun 2018


Peserta Kejoahanan Hoki MSSD bersama guru-guru pengiring

7. Majlis penyampaian hadiah Kejohanan Boling Tenpin MSSS

Pada 2 Julai 2018 hingga 5 Julai 2018, telah berlangsung Kejohanan Boling Tenpin MSSS. Kejohanan ini telah diadakan di Sunway Pyramid, Bandar Sunway. Adib Azrai Hakimi b. Mohd Zani, murid sekolah kita telah membantu pasukan Sepang mendapat tempat ke-2 dalam acara berkumpulan. Tahniah diucapkan.

8. Majlis penyampaian hadiah Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Selangor

Pada 2 Julai 2018 hingga 5 Julai 2018, Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Selangor telah berlangsung di Sekolah Menengah Sains Banting, Kuala Langat. Murid kita; Niqa Abyana Binti Mohd Zaimi telah mewakili sekolah kita dan telah menyertai dalam pertandingan memanah dengan jayanya. Tahniah diucapkan dan teruskan usaha!

9. Majlis penyampaian hadiah Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2018


Pada 3 - 6 Julai 2018, Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2018 telah diadakan di sekolah sekitar Kajang, di bawah kelolaan PPD Hulu Langat. Sebanyak 9 daerah telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini dan dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut undian. Pada perlawanan pertama dalam peringkat kumpulan, Sepang kalah dengan Klang dan menang dengan Hulu Langat pada perlawanan kedua dan seterusnya mendapat tempat kedua dalam peringkat kumpulan.

   Pada peringkat seterusnya, pasukan kriket Sepang menang bergaya dengan mengalahkan daerah Kuala Selangor dan Petaling Perdana dan mara ke peringkat separuh akhir. Sepang mencipta sejarah dalam kejohanan ini apabila mara ke peringkat akhir buat pertama kali setelah menewaskan gergasi kriket Selangor dari Daerah Kuala Langat.

   Peringkat akhir telah diadakan di Sekolah Agama Persekutuan Kajang. Daerah Sepang bertemu daerah Klang. Namun Sepang tewas di tangan juara bertahan Klang ini. Walaupun tewas, Sepang tetap berbangga di atas pencapaian Naib Johan Kejohanan Kriket MSSS buat kali pertama. Sepang juga turut berbangga kerana 2 pemain dari SK Taman Putra Perdana iaitu Muhammad Asraf Rifae'i telah dinobatkan sebagai Pemukul Terbaik manakala Muhammad Akram telah menggondol Pemain Terbaik Kejohanan MSSS 2018.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada jurulatih dan pemain.



Bil

Nama Pegawai

Jawatan

Sekolah
1
EN. MOHD IZWAN BIN JOWAHAR
PT KRIKET SEPANG
SK TAMAN PUTRA PERDANA
2
EN. AHMAD ZUNAIDI BIN JINALABIN
PENGURUS
SK TAMAN PUTRA PERDANA
3
EN. AHMAD JUNAIDI BIN ABDULLAH
KETUA JURULATIH
SK TAMAN PUTRA PERDANA
4
EN. MOHD RIZAL BIN ABDUL RAZAK
JURULATIH
SK JENDERAM
5
EN. NAZRON BIN NORIZAN
PEN. JURULATIH
SK KOTA WARISAN
6
EN. MD AZIZI BIN MD NOR
FISIOTERAPI
SK KOTA WARISAN



Bil

Nama Pemain

No. Surat Beranak

Sekolah
1
MUHAMMAD SYAHIR SYAMAEL B SHAARI
060117-16-0097
SK TAMAN PUTRA PERDANA
2
MUHAMMAD ASYRAF RIFA'IE BIN MOHD AFINDI
061126-10-0445
SK TAMAN PUTRA PERDANA
3
MUHAMMAD AKRAM BIN ABD MALEK
071113-10-1587
SK TAMAN PUTRA PERDANA
4
MUHAMMAD IMRAN BIN MUHAMMAD HAIKAL ISKANDAR
070130-14-1113
SK TAMAN PUTRA PERDANA
5
MUHAMMAD DANIAL HAFIEY BIN KHAIRIL ANUAR
060113-14-0961
SK TAMAN PUTRA PERDANA
6
MUHAMMAD ADAM AZFAR BIN MAZLAN
060225-14-0341
SK TAMAN PUTRA PERDANA
7
MUHAMMAD HAFIZ BIN SUHAIMI PINERO ABDULLAH
061006-10-0897
SK TAMAN PUTRA PERDANA
8
MUHAMMAD ADAM NAQIUDDIN BIN FIRDAUS
070507-01-0763
SK TAMAN PUTRA PERDANA
9
AHMAD SYAHMI IRFAN BIN MOHD SHAHRUL NIZAM
060910-10-1009
SK TAMAN PUTRA PERDANA
10
MUHAMMAD MUQRI BIN JAFRI
080423-14-0113
SK TAMAN PUTRA PERDANA
11
MUHAMMAD HARITH AMZAR BIN MOHD YASIR
080916-16-0059
SK TAMAN PUTRA PERDANA
MUAMMAR WAFI BIN ZUKI
070407-10-0411
SK JENDERAM
13
MUHAMMAD AKMAL DANISH BIN AHMAD FAUZI
070110-14-0607
SK KOTA WARISAN
14
NUR FADZHAN FARHAN BIN OMAR HADI
061225-12-0927
SK KOTA WARISAN
15
MUHAMMAD IRFAN HAZIM BIN WATDUHA
080501-12-1259
SK TAMAN PUTRA PERDANA























Penyampaian hadiah dan sijil kepada 
pemenang-pemenang Kriket Bawah 12 Tahun 
Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2018
Penyampaian sijil kepada guru pengiring,
 En. Mohd Izwan Bin Jowahar


Terima kasih kerana mengharumkan nama sekolah SKTPP. 
Tahniah diucapkan!

No comments:

Post a Comment