Hari : Jumaat
Tarikh : 20 Julai 2018
Masa: 8.00 - 11.30 pagi
Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada ibu bapa
dan penjaga mengetahui tahap pencapaian akademik anak masing-masing. Mereka
juga diberi kesempatan untuk bertemu dengan guru kelas dan guru-guru mata
pelajaran untuk berbincang, mengajukan pertanyaan dan sebagainya berkaitan
tahap penguasaan, perkembangan dan pencapaian akademik anak mereka. Sesi
pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru sesi pagi diadakan di kelas anak
masing-masing.
Objektif Hari Jalinan Mesra ini diadakan adalah untuk:
- memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing .
- memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.
Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak
didik SKTPP yang telah berjaya meningkatkan prestasi dalam mata pelajaran yang
diuji. Sekalung ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir memberikan
sokongan kepada anak-anak serta pihak sekolah.
No comments:
Post a Comment