Pada 10 hingga 12 Ogos 2018 telah dilaksanakan
Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP) di Kem
Kepimpinan IM4U Meru, Klang Selangor. Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana
telah menghantar dua orang murid ke BATHKP iaitu Nur Alya Syuhanis dan Amira
Syadiyah yang merupakan murid Tahun 5. Bengkel ini telah disertai oleh
beberapa buah sekolah di seluruh negeri Selangor. Sekolah yang terlibat ialah daerah
Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak dan Klang.
Objektif Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas
Harapan Ketua Pesuruhjaya ialah:
1) Sebagai pemangkin
kepada ahli Pandu Puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam melakukan aktiviti-aktiviti
Pandu Puteri.
2) Memartabatkan
Program Pandu Puteri Tunas melalui pemilihan penerima anugerah.
3) Sebagai insentif
kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan.
4) Membina keyakinan
diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan perkembangan semasa.
Pada hari pertama peserta diminta menyiapkan log
kemajuan, kecekapan dan peribadi terlebih dahulu. Murid harus memastikan log yang telah
disediakan lengkap dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Setiap peserta BATHKP perlu menyediakan
tiga log iaitu log peribadi, log kemajuan dan log kecekapan. Pada hari pertama
bengkel, murid-murid diminta menyiapkan ketiga-tiga log dengan lengkap dan mengikut
kriteria yang telah ditetapkan. Guru-guru dari setiap sekolah perlu membuat
penyemakan log peserta masing-masing sebelum dihantar untuk semakan dan
penentuan markah.
Pada sebelah malam, setiap peserta perlu
menghantar log kemajuan terlebih dahulu untuk penyemakan dan penetapan markah. Bagi
log kemajuan ini, peserta perlu mendapat markah 50 ke atas untuk lulus dalam
log kemajuan ini. Sekiranya peserta mendapat markah kurang daripada 50, peserta
dikira tidak lulus atau diberikan lulus bersyarat yang mana mereka perlu
membaiki dan membuat penambahbaikan dalam log masing-masing mengikut tempoh
yang telah ditetapkan. Alhamdulillah murid kita Nur Alya Syuhanis dan Amira
Syadiyah berjaya mendapat markah 90 ke atas dan lulus bagi log kemajuan ini.
Pada 11 Ogos 2018 bersamaan hari Sabtu, semua
peserta diminta berkumpul di dataran untuk senaman pagi kemudian bersarapan di
kafeteria setelah selesai bersenam. Pada pukul 8.30 pagi, semua peserta
berkumpul di dewan untuk bergerak ke rumah anak yatim Al-Mahabbah. Di sana
peserta disambut dengan persembahan nasyid oleh anak-anak yatim di Rumah
Al-Mahabbah. Kemudian, aktiviti gotong-royong bertukar kepada aktiviti suai
kenal bersama-sama anak-anak yatim di rumah Al-Mahabbah kerana adik-adik rumah
al-Mahabbah ini telah melaksanakan aktiviti gotong-royong di sebelah pagi.
Peserta BATHKP juga telah membuat persembahan nyanyian di hadapan anak-anak
yatim di rumah Al-Mahabbah serta telah menghulur sumbangan dalam pelbagai
bentuk kepada Puan Mahani; penjaga rumah Al-Mahabbah ini sebagai wakil kepada
anak-anak yatim di rumah Al-Mahabbah tersebut.
Pada sebelah petang pula, para peserta
diminta menghantar log kecepakan untuk semakan dan penetapan markah. Log
kecekapan ini perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dari segi pemarkahan. Alhamdulillah
log kecekapan yang telah disediakan oleh murid-murid SKTPP mengikut kriteria yang
telah ditetapkan dan mereka lulus. Pada pukul 6.00 petang semua peserta diminta
berkumpul di dataran untuk aktiviti riadah, selepas itu bergerak ke dewan makan
untuk makan malam.
Semua peserta juga telah diberi taklimat
untuk menyediakan sebuah persembahan bertemakan kemerdekaan mengikut daerah
masing-masing bagi aktiviti Malam Kebudayaan pada sebelah malamnya. Persembahan Malam Kebudayaan telah bermula pada pukul 10.00 malam di dewan IM4U. Semua
daerah telah menunjukkan persembahan yang menarik dan mengikut kreativiti
tersendiri. Melalui aktiviti malam kebudayaan ini, semua peserta dapat
mengeratkan lagi hubungan silaraturrahim dengan peserta-peserta dari sekolah
lain di samping mencungkil bakat-bakat dan kreativiti setiap murid. Nilai
patriotisma serta cinta akan negara Malaysia dapat ditanam dalam diri setiap
murid.
Pada 12 Ogos 2018 bersamaan hari Ahad, semua log
termasuk log peribadi setiap peserta telah disemak dan diberi markah. Log
peribadi merupakan log ketiga yang perlu dihantar untuk lulus dengan cemerlang
dalam BATHKP ini. Syukur yang tidak terhingga sekali lagi dengan bimbingan dan
tunjuk ajar yang diberikan oleh teacher Parimala kepada murid-murid kita,
murid-murid ini telah lulus dengan cemerlang dalam ketiga-tiga log dan telah
menerima Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Persuruhjaya Cawangan Persatuan
Pandu Puteri Malaysia. Nur Alya Syuhanis dan Amira Syadiyah juga layak ke
peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada awal bulan November 2018 di Johor
Bahru. Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi daripada bengkel ini
dapat meningkatkan motivasi dan kreativiti dalam diri mereka. BATHKP
dapat membentuk murid-murid menjadi seorang murid yang versatil
bukan sahaja dalam bidang akademik malah cemerlang dalam bidang kokurikulum.
Melengkapkan
dan menyemak log sebelum dihantar untuk pemarkahan
|
Khidmat
masyarakat di rumah anak yatim Al-Mahabbah
|
Pasukan Pandu
Puteri Tunas Daerah Sepang
|
Sumbangan
untuk anak-anak yatim Al-Mahabbah
|
Persembahan Nasyid Anak-Anak Yatim Al-Mahabbah |
Persembahan Malam Kebudayaan Di Dewan IM4U |
Uniform Lengkap
Pandu Puteri Tunas Untuk Penerimaan Anugerah
|
Pasukan Pandu
Puteri Tunas Daerah Sepang Yang Telah Lulus Dalam BATHKP
|
Peserta BATHKP Yang Telah Lulus Dengan Cemerlang
|
Menerima Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Persuruhjaya Cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
|
Disediakan oleh,
Mawaddah binti Kamarulzaman
No comments:
Post a Comment