... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, August 17, 2018

Program Minggu Sains 2018



Pada 13 hingga 17 Ogos 2018 telah diadakan Minggu Sains peringkat sekolah.  Minggu Sains merupakan satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada murid berkaitan dengan mata pelajaran Sains dalam kehidupan seharian. Di samping itu juga dapat melahirkan murid yang minat Sains serta menghargai Sains terhadap manusia. Sehubungan dengan itu Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana mengambil inisiatif menjalankan program Minggu Sains sebagai pemangkin dalam melahirkan  murid yang berketrampilan, kreatif dan inovatif.
Antara objektif diadakan program Minggu Sains ini ialah untuk:
1. Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains bagi semua  murid Sekolah Kebangsaan  dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
2. Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.
3. Memberi pengalaman menarik kepada murid melakukan hands-on experiment melalui aktiviti yang dijalankan.
4. Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan murid.
5. Memupuk kesedaran murid untuk mencintai alam sekitar anugerah Tuhan menerusi  penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.
6. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti sikap bekerjasama,  berkeyakinan dan bantu membantu.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Rohaidah Bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana diiringi oleh YDP Tuan Haji Khairul Azhar dan barisan pentadbir SK Taman Putra Perdana

Ucapan perasmian oleh Pn. Rohaidah Bt Mohd Ali, GB SKTPP

                             
Gimik Minggu Sains Sesi Pagi

Gimik Minggu Sains Sesi Petang

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Sains adalah seperti berikut :


1. Pertandingan Mewarna Poster Sains
2. Pertandingan Melukis dan Melabel Haiwan
3. Pertandingan Teka Silang Kata
4. Pertandingan Bercerita Sains
5. Pertandingan Melukis Peta Konsep Sains
6. Pertandingan Mencipta Model Sains
7. Pertandingan Buku Nota Sains Tercantik
8. Pertandingan Kuiz Bijak Sains

Gambar-gambar sepanjang program Minggu Sains ini dijalankan:
                          
      
Pertandingan Mewarna Poster Sains

                              
Pertandingan Melukis dan Melabel Haiwan

                           Pertandingan Teka Silangkata

                           
Pertandingan Bercerita Sains

                             Pertandingan Kuiz Bijak Sains

                           Pertandingan Melukis Peta Konsep Tahun 4, 5 dan 6

                              

                             Pertandingan Mencipta Model Sains

Pn. Julaili dan Pn. Zuraini sedang mengadili model yang telah dicipta

Model yang telah dihasilkan oleh murid Tahun 4, 5 dan 6

      Aktiviti Mengenal Radas

Semoga aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Minggu Sains ini dapat menarik minat murid-murid dalam mata pelajaran Sains dan seterusnya menjadi  murid yang berketrampilan, kreatif dan inovatif.

Disediakan oleh,
Pn. Zailezah Bt Sardi

No comments:

Post a Comment