Monday, August 6, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-29 (Sesi Pagi)

Hari    : Isnin
Tarikh : 6 Ogos 2018
Masa   : 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
Tempat: Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas:



1. Puan Norziani binti Zubir
2. Puan Maimunah binti Yob
3. Puan Nor-Azura binti Mustafa
4. Puan Faridatul-Akmal binti Ismail
5. Puan Norbaizura binti Nordin
6. Encik Ahmad Zubair bin Haji Muhammad Taib
7. Encik Muhammad Afiq bin Azli
8. Puan Azlina binti Mat Isa
9. Puan Nurulhuda binti Yaacob

Laporan/Ulasan

1. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah serta diikuti dengan bacaan doa.

2. Lafaz Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Azlina Mat Isa dan lafaz Ikrar Murid dipimpin oleh Ketua Murid, adik Nurin 'Adlina binti Hassan.

3.  Laporan Guru Bertugas (Puan Nik Kamisah)


i) Kebersihan
Kebanyakan kelas didapati kurang menjalankan tugas walaupun telah ada jadual tugasan yang disediakan.  Kebersihan kelas kurang memuaskan.  Tiada murid bertugas menyapu lantai dan menyusun meja. Justeru semua murid dikehendaki menjalankan tugas membersihkan kelas masing-masing berdasarkan jadual bertugaa yang telah ditetapkan.

ii) Disiplin
Murid membawa permainan ke sekolah. Permainan seperti batang aiskrim agak berleluasa kebelakangan ini, malahan didapati ada murid yang melakukan transaksi jual beli batang aiskrim sesama mereka.
Terdapat murid yang memakai kasut hitam ke sekolah walaupun mereka bukan Pengawas atau Pengawas Pusat Sumber.  Penguatkuasaan pemakaian kasut hitam kepada semua murid hanya akan dimulakan pada tahun hadapan. Diharapkan agar murid lebih peka pada masa akan datang.

iii) Waktu Rehat
Ada murid yang mencampakkan pinggan mangkuk yang mereka gunakan selepas makan.
Masih terdapat murid yang tidak meletakkan pinggan mangkuk ke tempat yang telah disediakan selepas makan.

iv) Keceriaan Kelas








PPKI
Ketiga - Soccer
Kedua - Archery
Pertama - Cricket

Tahun 4
Ketiga - Uranium
Kedua - Elektrum
Pertama - Titanium

Tahun 5
Ketiga - Kompang
Kedua - Canang
Pertama - Nafiri

Tahun 6
Ketiga- Surgeri
Kedua - Respiratori
Pertama - Radiologi

4. Ucapan Guru Bertugas (Puan Azlina binti Mat Isa)



Tema: Semangat Perpaduan

Kepentingan - Dapat melahirkan masyarakat yang harmoni tanpa wujud sebarang prasangka.
                       - Menarik lebih ramai pelancong asing datang ke negara kita kerana tertarik dengan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
                       - Meningkatkan imej negara di mata dunia

Perkataan LAWAD

Bahasa Melayu : Gelap gelita - tidak menampakkan cahaya
Bahasa Inggeris : Placed - meletakkan
Bahasa Arab : Iwazzatun - angsa

Taklimat Nilam Oleh Puan Arnny Yusnita 
i) Semua murid wajib ada buku Nilam.  Buku ini akan diperiksa oleh guru kelas pada minggu ini. Ruangan rumusan pada Buku Nilam wajib diisi oleh murid.

Pengumuman
i) Lawatan ke Kidzania akan diadakan pada awal bulan Oktober.  Penyertaan dibuka kepada semua murid Tahun 6 dan ahli Kelab Kerjaya Tahun 4 dan 5.  Bayaran sebanyak RM90. Kepada yang berminat, bolehlah berhubung terus dengan Puan Juli binti Mahbah.

5. Ucapan Guru Besar Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali



i) Guru Besar mengimbau semula ingatan seluruh warga SK Taman Putra Perdana mengenai penganugerahan 5 Bintang kepada Bilik Sumber PPDa sekolah kita dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan tahun lepas (2017).  Penganugerahan ini adalah setaraf dengan Johan Kebangsaan. Beliau berharap agar murid-murid dan warga sekolah meneruskan momentum dari kejayaan ini dengan berikrar supaya membanteras gejala dadah ini buat selama-lamanya. Pastikan slogan "Kami Benci DARVIH" sentiasa segar dalam diri kita dan seterusnya menjadi model Sekolah Bebas Dadah Terbaik di negara kita.

ii) Guru Besar juga mengumumkan mengenai lima orang murid SK Taman Putra Perdana yang mewakili Selangor dalam MSSM bagi sukan kriket.  Seluruh warga SK Taman Putra Pedana mendoakan kejayaan mereka. Berita terkini - kemenangan diperoleh dalam perlawanan menentang Melaka pada Ahad, 5 Ogos 2018. Tahniah buat para pemain sekolah kita dan pasukan kriket Selangor! Semoga kita akan terus berjaya dalam pertandingan-pertandingan seterusnya dan seterusnya membawa pulang piala kemenangan. Amiinn..

iii) Guru Besar mengingatkan supaya semua murid menjelaskan bayaran sumbangan PIBG sebanyak RM50 untuk satu keluarga.  Bayaran sumbangan ini adalah sangat penting supaya aktiviti-aktiviti di sekolah dapat dijalankan dengan lancar.

iv)  Percubaan UPSR bermula pada Isnin, 6 Ogos 2018.  Guru Besar mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid Tahun 6, dan diminta menjaga kesihatan diri sepanjang musim peperiksaan ini.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.00 pagi.

No comments:

Post a Comment