... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Saturday, April 17, 2021

Ceramah Motivasi Kepimpinan dan Taklimat Bidang Tugas Pengawas

Hari ini telah berlangsung satu program yang melibatkan semua pemimpin kecil di SKTPP iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (Ujana Ilmu) dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas. Program ini merupakan program kerjasama antara Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Pengawas Sekolah, Unit Pusat Sumber Sekolah dan Unit Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Kelas SKTPP. Sesi ceramah secara online menggunakan aplikasi Zoom telah disampaikan oleh konsultan yang dilantik iaitu PU Izzat dari Idaratul Ilmi Training & Consultancy.

Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk:

i. Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.

ii. Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.

iii. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.

i           iv. Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani

  v        v. Meningkatkan semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.

Program ini bermula dari pukul 8.30 hingga 10.30 pagi untuk slot ceramah kepimpinan bagi semua pemimpin yang terpilih. Manakala pukul 11.00 pagi  hingga 12.30 tengah hari pula taklimat bersama pengawas sekolah. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Pn Nor Azian bin Mat Anuar iaitu Guru Pengawas SKTPP. Program ini juga telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung..

Poster program disediakan oleh Cikgu Rusydan

Buku program disediakan secara anyflip oleh cikgu Juli

Para peserta sabar menunggu rakan-rakan mendaftar di talian Zoom

Sesi taklimat kepada peserta oleh Cik Aisyah

Sesi bacaan doa sebelum memulakan kursus

Berkenalan dengan En Izzat Fathi Hisham @ PU Izzat

Antara pengisian ceramah yang disampaikan oleh PU Izzat tentang sifat-sifat seorang pemimpin


Respon para peserta ketika sesi ceramah dijalankan


Ucapan perasmian penutupan kursus oleh Pn. Hajah Rohaidah, Guru Besar SKTPP

Sesi bergambar setelah selesai ceramah kepimpinan


Pengawas Sekolah bersedia menunggu untuk sesi taklimat bidang tugas pengawas

Sesi taklimat bersama cikgu Norazian, Ketua Guru Pengawas SKTPP

Antara pengisian taklimat yang diberikan oleh cikgu Norazian

Sijil dari Konsultan Idaratul Ilmi kepada pihak sekolah

Semoga Kursus Pemimpin Muda ini menjadi satu wadah bagi membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mempunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian mereka sebagai seorang pemimpin. Semoga ketrampilan barisan pemimpin muda ini juga mampu mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang dibentuk melalui acuan guru-guru di SKTPP.

No comments:

Post a Comment