... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, August 25, 2021

Jom Kongsi : Jom Jadi Rajin Ikuti PdPR

Assalamualaikum, salam ceria, salam bahagia๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ untuk anak-anak didik dan semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa sihat, bahagia dan dirahmati oleh Allah S.W.T

Tahukah anak-anak semua bahawa APA YANG KITA FIKIR AKAN TERHASIL MELALUI TINDAKAN KITA? Oleh itu adalah PENTING kita mengawal apa sahaja yang kita fikir. Pastikan kita fikirkan perkara yang baik-baik dan positif sahaja bagi menggerakkan tindakan kita yang lebih baik atau positif.

Hari ini cikgu nak kongsikan tentang Jom Jadi Rajin Ikuti PdPR. Rajin adalah kata sifat untuk menunjukkan seseorang yang bekerja atau bertindak dengan penuh minat, perhatian dan kecekapan untuk menjalankan tugas mereka. 



Sifat rajin ini boleh dipupuk atau diwujudkan dalam diri kita kerana terdapat banyak faedah yang kita akan dapat apabila kita mengamalkannya dalam hidup terutama untuk anak-anak yang sedang belajar di alam persekolahan. Antara faedahnya adalah sepeti berikut ;

*Mudah meraih cita-cita

*Disukai kawan-kawan

*Menjadi juara / bintang di dalam kelas

*Semakin pintar dan memiliki wawasan yang semakin luas

*Sentiasa mendapat markah yang bagus

*Mudah menjalankan tugas-tugas yang diberikan guru

*Mudah untuk menyambung persekolahan di sekolah-sekolah yang terpilih seperti SBP, MRSM dan lain-lain

Sinonim dengan sikap rajin ini adalah berhati-hati, cepat, cekap dan ringan tulang. Antonim kepada rajin ini adalah malas, bertangguh serta berat tulang. Nasihat cikgu agar anak-anak semua elakkan sikap ini ketika mengikuti PdPR..


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anak ketika mengikuti PdPR. Anak-anak juga boleh saksikan video yang cikgu sertakan di sini bagi meningkatkan sikap rajin dalam diri.


#staysafe
#stayhome
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor

No comments:

Post a Comment