Tarikh : 2 Ogos hingga 6 Ogos 2021
Hari : Isnin hingga Jumaat
Guru bertugas Kumpulan A
1. Ustaz Abdul Hafiz (K)
2. Ustazah Ummu Athiah (P)
3. Cikgu Suriyana
4. Cikgu Nor Arzah
5. Cikgu Norhana
6. Cikgu Nor Holwani
7. Ustazah Nor Azizati
8. Ustazah Nor Hidayu
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga SKTPP.
Minggu ini adalah minggu yang ke-25 dalam takwim persekolahan. Kita masih lagi dalam situasi pandemik yang amat membimbangkan. Oleh itu, sesi pengajaran dan pembelajaran masih lagi diteruskan secara PdPR.
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan semua murid serta ibu bapa warga SKTPP yang berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan PdPR ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Pelbagai cara dan pendekatan yang telah digunakan oleh guru-guru dalam melaksanakan sesi PdPR mengikut kesesuaian dan kebolehcapaian murid.
Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana berjaya merancang dan mengadakan beberapa aktiviti yang menarik dan bermanfaat kepada semua warga SKTPP. Program-program tersebut ialah :
1. Jom Kongsi: Ketagihan Gajet? Apa yang berlaku?
2. Jom Kongsi : Tips Kekalkan Disiplin Belajar Di Rumah.
3. Peningkatan Disiplin Diri Murid : Tanggungjawab Murid dalam PdPR
Berikut adalah antara gambar-gambar dan video sesi PdPR yang dijalankan pada minggu ini bagi murid-murid sesi petang...
PdPR BM 1 Tempua |
PdPR BM 1 Tempua |
Aktiviti bacaan Kelas Prasekolah Orkid |
Aktiviti bacaan Kelas Prasekolah Orkid |
Sesi PdPR anak-anak di rumah |
Aktiviti Pendidikan Muzik Irisha Nur Qistina dari 3 Unix
Aktiviti simulasi Uwais Alqarni dari 1 Tempua
Laporan disediakan oleh :
Ustazah Ummu Athiah
No comments:
Post a Comment