... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, August 22, 2021

The 18th Girl Scout International e-Camp Korea (Perkhemahan Secara Dalam Talian)

Selesai sudah The 18th Girl Scout International e-Camp Korea (perkhemahan secara dalam talian) pada tahun ini. Diam tak diam selama 20 hari telah berjaya diharungi bermula pada 1 hingga 20 Ogos 2021. 

Seramai 11 orang peserta wakil daripada SK Taman Putra Perdana telah menyertai perkhemahan secara dalam talian ini termasuk 2 orang guru pembimbing iaitu:

  1. Parimala -  Guru Pembimbing
  2. Nur Malisha -  Guru Pembimbing
  3. Kaashif Nur Kihara - 4 Vivo
  4. Sharifah Amanda Batrisyia - 4 Sony
  5. Nur Annisa Faiha - 4 Sony
  6. Nur Alya Qaisara - 4 Lenovo
  7. Adlyna Ryhana - 5 Ibnu Thufail
  8. Aleeya Alishya - 5 Ibnu Thufail
  9. Nur Irdina Sofiy - 5 Ibnu Thufail
  10. Nur Afrina Damia - 6 Jujur
  11. Nur Azra Damia - 6 Jujur

Lebih kurang 3 minggu lamanya perkhemahan secara dalam talian ini berlangsung. Sejujurnya kami menjangkakan masa yang diperuntukkan sehari suntuk ini akan mengganggu sesi PdPR. Tetapi rupanya ia hanya mengambil masa yang tidak lama bagi menyiapkan semua tugasan misi dan aktiviti yang diberikan setiap hari.

Untuk pengetahuan semua, jadual perkhemahan yang diberi mengikut waktu dan masa Korea, jadi jangan tersilap waktu kerana masa Korea 1 jam lebih awal daripada negara kita, Malaysia. Setiap hari akan dimulakan dengan sesi "live" terlebih dahulu pada jam 4.00 petang. Ini bermaksud ia bermula jam 3.00 petang pada waktu Malaysia. Kemudian para peserta boleh melakukan misi dan aktivti mengikut waktu kesesuaian masing-masing kerana tugasan tersebut akan dipaparkan bermula jam 9.0p hingga 10.00 malam setiap hari. Mereka boleh membuat persediaan dan memulakan misi dan aktiviti tersebut keesokan harinya. Begitulah proses sepanjang perkhemahan dalam talian selama 20 hari. 

Di bawah adalah jadualnya:


Laman sesawang yang perlu dikunjungi selama 20 hari.
(Perkhemahan Secara Talian)



Jumlah keseluruhan tugasan misi dan aktiviti adalah seperti berikut:

  1. "Mandatory : Online Stay Safe Review"
  2. "Mission :13"
  3. "Participation Activity : 11"
  4. "World Issue Activity : 4 course activities"
Para peserta diwajibkan menyiapkan aktiviti wajib (Online Stay Safe Review) dan sekurang-kurangnya 7 misi atau 6 aktiviti dalam bentuk gambar dan video yang dimuatnaik ke Youtube bagi melayakkan mereka untuk mendapat sijil penyertaan daripada pihak pengurusan. Manakala Aktiviti Isu Global hanya untuk "Girl Scout" daripada negara Korea sahaja.

Dikongsikan beberapa aktiviti yang telah berjaya dilakukan dengan baik oleh para peserta SK Taman Putra Perdana termasuk guru-guru pembimbing sepanjang e-Camp Korea ini. 

1. Majlis pembukaan secara dalam talian dan disiarkan melalui Youtube Live yang disertai oleh lebih daripada 20 negara termasuk Malaysia. Negara kita menghantar paling ramai peserta iaitu lebih kurang 5000 penyertaan. Wakil daripada seluruh daerah Negeri Selangor adalah seramai lebih daripada 1000 orang peserta manakala Daerah Sepang sahaja adalah seramai 284 orang.

 



2. Beberapa tugasan "Mission" yang dilakukan oleh para peserta adalah seperti di bawah:











3. Beberapa tugasan "Participation Activity" yang dilakukan oleh para peserta adalah seperti di bawah:




















Ada satu aktiviti yang menjadi impian semua iaitu "I LOVE KOREA" yang mana para peserta diminta membayangkan tempat-tempat menarik yang akan dilawati jika dapat ke Korea nanti apabila sempadan negara dibuka semula untuk melancong ke luar negara. 

Buat sementara, Malaysia masih berada dalam zon larangan disebabkan oleh virus Covid-19. Jika berpeluang melancong ke Korea, ada 3 tempat utama yang menjadi pilihan iaitu:





Pada hari terakhir iaitu hari ke-20, majlis penutupan diadakan secara dalam talian dan juga melalui "Youtube Live". Setiap wakil negara diberikan peluang untuk memberikan ucapan sebagai tanda kenangan buat semua. 




Perarakan akhir bendera The 18th Girl Scouts International e-Camp Korea juga dikibarkan oleh wakil Girl Scouts Korea.


Presiden Girl Scout Korea menyampaikan sijil secara maya kepada negara-negara yang menghantar wakil sebagai simbolik walaupun upacara tersebut hanya atas talian. Terima kasih buat beliau. Di dalam bahasa Korea terima kasih adalah; 감사 해요 gamsa haeyo.


Di bawah ini adalah paparan "scoreboards" yang telah diperolehi oleh beberapa orang peserta SK Taman Putra Perdana. Paparan ini boleh dilayari pada laman sesawang:   https://www.girlscout.events/virtual.asp  



Selain sijil daripada Korea, mereka juga akan mendapat sijil daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Selangor buat mereka yang berjaya menyertai e-Camp Korea ini sebagai tanda penghargaan PPPM cawangan Selangor kepada peserta e-Camp Korea 2021. 

Sijil pencapaian peringkat cawangan dikategorikan seperti berikut :

Tempat Pertama : 2500 ke atas poin

Tempat Kedua : 2000 - 2490 poin

Tempat Ketiga : 1500 - 1990 poin

Apabila di semak jumlah poin kesemua para peserta SK Taman Putra Perdana, mereka mendapat Tempat Pertama. Tahniah semua!

Akhir kata, tahniah sekali lagi atas komitmen dan kesungguhan kesemua peserta serta guru-guru pembimbing SK Taman Putra Perdana. Semoga akan ada rezeki untuk merasai sendiri erti perkhemahan yang sebenar. Sama-sama kita mendoakan agar virus Covid-19 akan segera berakhir.


Terima kasih juga buat pengurusan Girl Scout Korea kerana menganjurkan e-Camp yang sangat menarik ini. Di kala pandemik ini ada juga aktiviti yang dapat menghubungkan negara kita dengan negara lain walaupun secara atas talian.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

Nur Malisha Omar (Guru Pembimbing Pandu Puteri Tunas SKTPP)

No comments:

Post a Comment