... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, February 18, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-47 (Sesi Pagi)

Tarikh : 14 Februari hingga 18 Februari 2022

Senarai nama guru bertugas kumpulan 5 :


Minggu ini merupakan minggu yang ke-5 persekolahan bagi sesi 2021/2022. Seperti minggu sebelum ini, minggu ini juga merupakan minggu terakhir sesi pemulangan buku teks bagi murid tahun 4 dan 5 (Kumpulan B).

Alhamdulillah proses pemulangan buku teks murid tahun 4 dan 5 pada minggu ini berjalan dengan baik dan lancar. Guru-guru kelas akan membuat semakan bilangan buku teks yang perlu dipulangkan oleh murid terlebih dahulu di dalam kelas sebelum dihantar ke bilik RBT tempat pemulangan buku teks. Murid-murid telah diingatkan oleh guru kelas bahawa buku yang hendak dipulangkan mestilah dalam keadaan baik iaitu berbalut dan diikat dengan tali secara kemas. Ini bagi memastikan buku yang dipulangkan kepada guru SPBT berada dalam keadaan baik di samping memastikan proses pemulangan buku agar berjalan dengan lancar.

Di samping itu, murid-murid yang kehilangan buku teks juga perlu menggantikan buku tersebut dengan bayaran yang telah ditetapkan dan menyenaraikan buku yang hilang berdasarkan borang senarai buku teks yang disediakan oleh guru SPBT. Murid-murid tahun 4 yang telah membuat pemulangan buku teks akan terus menerima buku teks tahun 5. Manakala murid-murid tahun 5 yang telah membuat pemulangan buku teks akan menerima buku teks tahun 6 selepas cuti akhir penggal sekolah pada bulan Mac nanti. Perkara ini telah dimaklumkan oleh guru SPBT kepada guru-guru kelas untuk disampaikan ke dalam group kelas melalui aplikasi ‘Whatsapp’.

Sesi persekolahan pada minggu ini juga berjalan dengan lancar dan baik. Semua murid sentiasa diingatkan oleh guru-guru berkaitan dengan SOP yang perlu diamalkan dan dipatuhi sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Murid-murid juga telah dinasihatkan supaya sentiasa menjaga diri dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bukan sahaja di dalam kawasan sekolah malah ketika berada di luar kawasan sekolah.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam pada minggu ini :








Disediakan oleh Mawaddah Binti Kamarulzaman

No comments:

Post a Comment