... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, February 11, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-46 (Sesi Petang)

Tarikh: 7 Februari 2022 hingga 11 Februari 2022

 Senarai nama guru bertugas sesi petang Kumpulan 4:

  1. Encik Nor AmirulFitri bin Othman (Ketua)
  2. Puan Nur Malisha binti Omar (Penolong)
  3. Encik Ahmad Junaidi bin Abdullah
  4. Puan Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud
  5. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman
  6. Puan Fadhilah binti Talib
  7. Puan Rabihah binti Amirudin
  8. Puan Ranjiny a/p Rajah
  9. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
  10. Puan Rosmanini binti Rahim
Minggu ini merupakan minggu keempat bagi sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022.  Minggu ini juga adalah minggu selepas tamatnya cuti sempena Tahun Baru Cina. Minggu ini adalah giliran minggu Kumpulan B bagi Tahun 3 dan tiada penggiliran bagi Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2. Kesemua murid hadir ke sekolah dalam keadaan yang bersemangat. Tahniah diucapkan.

Suasana murid hadir ke sekolah melalui Pagar B.





Suasana murid hadir ke sekolah melalui Pagar A.


Sesi pemulangan buku teks juga dijalankan pada minggu ini.  Berikut adalah jadual bagi sesi pemulangan buku teks. Proses ini diuruskan oleh guru kelas dan guru SPBT di bilik RBT.

Isnin:  Tahun 3 (Pemulangan Buku)

Selasa: Tahun 2 (Pemulangan Buku)

Rabu: Tahun 1 (Pemulangan Buku)

Khamis: Tahun 3 (Pengagihan Buku)

Jumaat; Tahun 1 (Pengagihan Buku)

Ada beberapa perkara yang perlu murid lakukan sebelum murid memulangkan buku teks, iaitu:

1.  Memastikan buku teks mencukupi mengikut senarai yang diberikan.

2.  Semua buku teks hendaklah dibalut dan diikat sekali.

3.  Membawa wang yang mencukupi untuk membayar buku teks yang hilang.

Murid Tahun 3 Kumpulan B sedang menunggu giliran untuk menghantar buku teks.

Keadaaan waktu rehat semua tahun berada dalam terkawal dan baik. Semua murid mematuhi SOP waktu rehat yang telah ditetapkan. Syabas diucapkan.


Murid beratur semasa membeli makanan.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru bertugas atas komitmen yang diberikan dan menjalankan tugas dengan baik. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan daripadaNya.

No comments:

Post a Comment