... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, February 11, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-46 (Sesi Pagi)

Tarikh: 7 Februari 2022 hingga 11 Februari 2022

Senarai nama guru bertugas sesi pagi Kumpulan 4:

1. Norziani binti Zubir

2. Zailezah binti Sadri

3. Norlida binti Othman

4. Umi Nazrah binti Saharoni

5. Arnny Yusnita binti Md. Enarji

6. Norazian binti Mat Anuar

7. Nor-Azura binti Mustafa

8. Norfauziaton binti Ali Mohamed

9. Srimahathevan a/l Vadivelu

10. Jamilah binti Yusof

11. Arjunawati binti Ahmad Nuze

12. Zaleha binti Sitam

Minggu ini merupakan minggu keempat bagi sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022.  Minggu ini juga adalah minggu selepas tamatnya cuti sempena Tahun Baru Cina.

Seperti sebelumnya, arahan sesi persekolahan adalah sama seperti minggu-minggu sebelumnya, iaitu kelas-kelas Prasekolah, PPKI dan Tahun 6 berjalan tanpa penggiliran, manakala Tahun 4 dan 5 berjalan secara penggiliran.  Minggu ini adalah giliran minggu Kumpulan A.

Sesi pemulangan buku teks juga dijalankan pada minggu ini.  Berikut adalah jadual bagi sesi pemulangan buku teks.

Isnin:  Tahun 6

Selasa: Tahun 4

Rabu: Tahun 5

Ada beberapa perkara yang perlu murid lakukan sebelum murid memulangkan buku teks, iaitu:

1.  Memastikan buku teks mencukupi mengikut senarai yang diberikan.

2.  Semua buku teks hendaklah dibalut dan diikat sekali.

3.  Membawa wang yang mencukupi untuk membayar buku teks yang hilang.

Semua perkara ini telah pun diterangkan dengan jelas oleh Puan Jamilah selaku guru SPBT di dalam aplikasi 'Whatsapp' semua kelas.

Semua SOP ketika berada di sekolah umumnya, di dalam kelas, ketika hadir/pulang, ketika membeli makanan, ketika menjalankan aktiviti di padang dan di bilik bilik khas khususnya, masih kekal dan digunapakai.

Barisan guru bertugas

Murid membasuh tangan sejurus masuk ke dalam kawasan sekolah

Sesi pemulangan buku teks

Pemulangan buku teks

Pengambilan suhu sebelum masuk ke kawasan sekolah

Bacaan Yaasin yang diadakan pada setiap hari Jumaat

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah menjalankan tugasan dengan penuh komited.

No comments:

Post a Comment