Marhaban Ya Ramadan... Telah tiba bulan Ramadan, bulan suci yang penuh keampunan.
Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hambaNya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.
Bulan Ramadan adalah anugerah agung daripada Allah kepada umat Islam seluruhnya untuk menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikanNya. Amalan sunat seperti solat tarawih, tadarus Al-Quran, tazkirah, iftar jamaei, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan untuk dilaksanakan khususnya dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Oleh itu, pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid.
Setiap sekolah pastinya akan menganjurkan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan Kareem ini. Begitu juga dengan SK Taman Putra Perdana, yang menganjurkan Program Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan 1443H/2022M anjuran Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab dan Musalla Raudatul Ilmi. Program ini dijalankan sepanjang bulan Ramadan bagi mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Ia melibatkan semua warga SK Taman Putra Perdana. Program ini juga dirancang sebagai satu usaha membentuk modal insan yang seimbang dan cemerlang di dunia dan di akhirat. InshaAllah..
1. Objektif Program Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan 1443H/2022M adalah seperti berikut:
- Meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disyariatkan kewajipan berpuasa.
- Memperbanyakkan amalan-amalan sunat di bulan yang diberkati.
- Memberikan pengalaman yang berguna kepada murid-murid dengan suasana majlis di bulan Ramadan.
- Merapatkan hubungan sesama murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.
2. Pelaksanaan program:
Lokasi :
- Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
- Bilik darjah
Tarikh : April 2022 ( sepanjang bulan Ramadan)
Sesi : Pagi dan petang
3. Pengisian aktiviti:
Bil
|
Aktiviti
|
Tujuan
|
1
|
Pelancaran Ihya’
Ramadan dan Bulan Dakwah
|
Memberi pendedahan
kepada murid berkaitan Ramadan dan bulan puasa yang bakal menjelma.
|
2
|
Tadarus Al-Quran
|
- Memperbaiki
bacaan Al-Quran kepada yang lebih baik dari semua aspek terutamanya tajwid.
- Khatam Al-Quran dalam satu bulan Ramadan.
|
3
|
Memperdengarkan
Al-Quran/ Zikir/Nasyid
(Halwa
Ramadan)
|
Menghidupkan suasana Ramadan yang
menenangkan.
|
4
|
Tazkirah Ramadan
|
- Membentuk
sikap berani dalam kalangan murid untuk menyampaikan tazkirah.
- Menyampaikan
info tentang Ramadan kepada warga sekolah.
|
5
|
Risalah Ramadan
|
Memberikan info yang lebih
terperinci kepada murid tentang
Ramadan.
|
6
|
Majlis Bacaan
Yasin
|
Membentuk
kerohanian murid menghayati bacaan Yasin agar dipermudahkan segala urusan.
|
7
|
Kuiz Ramadan
|
- Melihat
sejauh mana kepekaan murid terhadap Ramadan Al-Mubarak.
- Mengarah
minda serta menambahkan thaqafah para
murid.
|
8
|
El–Hayya bil Arabiyah
|
- Melihat
sejauh mana ketajaman murid dalam penguasaan Bahasa Arab.
- Mengasah
bakat dan mencari pelapis untuk pertandingan.
|
9
|
Pertandingan Mewarna Kad Hari Raya
|
Memberikan keseronokan dan kegembiraan
kepada murid tentang suasana Ramadan
dan Aidilfitri yang bakal menjelma.
|
10
|
Ceramah Nuzul Al-Quran
|
- Meningkatkan
kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadan.
- Menyebarkan
ilmu tentang kelebihan beramal pada bulan Ramadan.
|
11
|
e-sajak,
e-syair
e-nyanyian solo
Tarannum
Hafazan
|
Mencari bakat-bakat pelapis yang akan mewakili
sekolah.
|
12
|
Majlis Khatam Al-Quran
|
- Mengeratkan
ukhuwah di antara warga SK Taman
Putra Perdana.
- Satu
keperluan kerohanian yang perlu dilakukan dalam bulan Ramadan.
- Sebagai
agenda tahunan sekolah.
- Membantu
murid-murid miskin dengan mengagihkan
bantuan kewangan sempena Aidilfitri (Tabung Kasih Ramadan dan Aidilfitri).
|
13
|
Semarak Jawi
(Khat)
|
Mencungkil bakat murid dalam kesenian khat.
|
14
|
Tabung Ramadan
|
Menggalakkan sifat suka bersedekah dan membantu
orang lain.
|
4. Momen-momen yang sempat dirakam sepanjang aktiviti dijalankan:
Tarikh : 8 April 2022
Hari : Jumaat
|
Majlis pelancaran sesi pagi |
|
Majlis pelancaran sesi petang
|
A. Aktiviti murid-murid sesi pagi;
No comments:
Post a Comment