Tarikh : 11 April 2022 hingga 15 April 2022
Guru bertugas Kumpulan D. |
Senarai guru bertugas sesi pagi Kumpulan D
1. Umi Nazrah binti Saharoni (K)
2. Nor-Azura binti Mustafa (P)
3. Norlida binti Othman
4. Zailezah binti Sardi
5. Norfauziaton binti Ali Mohamed
6. Arjunawati binti Ahmad Nuze
7. Srimahathevan a/l Vadivelu
8. Arnny Yusnita Binti Md. Enarji
9. Norazian binti Mat Anuar
10. Nurzainon binti Mohd Razalli
11. Nor Hanim binti Ismail
12. Azwane binti Adnan
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Minggu ini merupakan minggu yang
ke-4 persekolahan bagi sesi 2022/2023. Alhamdulillah, sesi persekolahan pada
minggu ini berjalan dengan lancar dan teratur mengikut SOP yang telah ditetapkan
oleh pihak KPM dan sekolah. Memandangkan negara kita sudah menghampiri fasa
endemik, para guru dan murid sudah pun terbiasa dengan peraturan yang telah
ditetapkan.
Minggu ini juga merupakan minggu
terakhir persekolahan bagi sesi penggiliran seperti mana yang telah diumumkan
oleh KPM bahawa pada minggu hadapan murid-murid tahun 3, 4 dan 5 akan bersekolah
seperti biasa tanpa penggiliran. Dalam pada itu, aktiviti bagi kokurikulum dan
sukan telah dimulakan dengan aktiviti dari badan unit beruniform iaitu
dilakukan pada hari Rabu. Sepanjang bulan Ramadan (13,
20 dan 27 April 2022), aktiviti kokurikulum akan dijalankan secara atas talian.
Bermula pada 11 Mei 2022, semua aktiviti kokurikulum akan dijalankan secara
bersemuka.
Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang minggu ini.
Kedatangan murid di Pagar A. |
Kedatangan murid di Pagar B. |
Pemandangan dataran SKTPP yang cantik pada waktu pagi. |
Murid-murid membasuh tangan sebelum masuk ke kelas. |
Program 'Sebakul Kasih Seikhlas Hati' anjuran Pengakap
Pendidikan Khas & Pandu Puteri Tunas.
Tarikh pelaksanaan:
13 - 27 April 2022
Pelaksanaan:
1. Murid-murid boleh menyumbang (tiada paksaan) 1 bakul
makanan keperluan harian dengan seikhlas hati.
2. Barangan yang diberikan akan dikumpul dan diserahkan
kepada murid terpilih (PPKI & Aliran Perdana) dari keluarga yang kurang
mampu.
3. Barang-barang yang ingin disumbangkan boleh diserahkan
pada Cikgu Yatt (PPKI) dan Cikgu Parimala (Pandu Puteri Tunas)
4. Majlis penyampaian bakul barangan ini akan diadakan pada 27 April 2022.
Poster Program 'Sebakul Kasih Seikhlas Hati' |
Gimik pelancaran oleh GB dan tazkirah santai oleh Cikgu Muhammad Dzarfan di Dewan Perdana. |
Berikut adalah video Pelancaran Program Ihya Ramadan dan Bulan Dakwah serta tabung Ramadan 2022.
Program ini dilaksanakan setiap tahun bertujuan untuk memeriahkan sambutan bulan Ramadan di peringkat SK Taman Putra Perdana. Ianya juga adalah suatu usaha mendedahkan murid-murid dengan ibadah-ibadah yang dapat dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan untuk memperbaiki jati diri ke arah yang lebih baik.
Simbolik penyerahan modul mentor mentee kepada setiap Penyelaras Tahun sesi pagi 2022/2023. Guru-guru yang terlibat ialah En Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar (Penyelaras Tahun 6), Pn Norliza binti Ali@Yasim (wakil Penyelaras Tahun 5) dan En Ahmad Zunaidi bin Jinalabin (Penyelaras Tahun4).
Poster Program Mentor Mentee 2022 |
Penyerahan modul disempurnakan oleh Datin Noraizah binti Dun (PK HEM) |
Suasana ketika murid balik pada minggu ini. |
Disediakan oleh,
Azwane binti Adnan
No comments:
Post a Comment