Setelah berehat selama satu minggu selepas Kejohanan MSSS bawah 12 tahun, kini pemain-pemain Sepang Rangers Cricket Club (SRCC) kembali semula menjalani latihan di padang. Latihan kali ini lebih menumpukan kepada persiapan pemain SRCC yang bakal mengikuti pemilihan untuk mewakili Selangor dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung di Kelantan.
|
Sesi pemanasan badan
|
|
Penerangan ringkas berkaitan fokus latihan
|
|
Perlawanan persahabatan antara pemain (L) bawah 12 tahun bersama (P) bawah 16 tahun |
|
Coach Amirul mengetuai latihan bagi murid yang akan ke pemilihan MSSM |
|
Membetulkan teknik pukulan |
Namun begitu, apa yang lebih mencuri tumpuan pada hari ini adalah kehadiran ahli baru dalam meneruskan legasi SRCC. Bak kata peribahasa melayu "Melentur buluh biar dari rebungnya". Murid yang hadir pada hari ini rata-rata berumur 7 - 9 tahun. Walaupun perjalanan mereka masih jauh, inilah masa yang sesuai untuk mencungkil bakat mereka.
Latihan hari ini dikendalikan oleh Coach Junaidi, Coach Amirul dan Coach Fakhrul di padang sekolah SKTPP.
|
Penerangan ringkas berkaitan fokus latihan oleh Coach Junaidi
|
|
Latihan asas untuk pemukul. Cara pegangan kayu pemukul |
|
Sesi penyejukan badan
|
|
Jurulatih memberi rumusan berkaitan latihan yang dijalankan |
Diharapkan semua pelapis SRCC akan terus bersemangat untuk menghadiri latihan yang dibuat oleh jurulatih pada masa akan datang. Banyak lagi yang perlu dipelajari untuk menjadi pemain dan murid yang hebat di dalam dan di luar padang.
|
Pemain (L) U12 |
|
Pemain (P) U16
|
Kami di SKTPP dan SRCC mendoakan agar semua pemain yang ke pemilihan MSSM dapat menunjukkan potensi terbaik dan merebut tempat di dalam kesebelasan utama pasukan. Selamat maju jaya kami ucapkan.
No comments:
Post a Comment