Program Motivasi khas buat semua murid Tahun 3 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini merupakan satu usaha untuk mengurangkan sekali gus membasmi aktiviti tidak sihat iaitu BULI dalam kalangan murid Tahun 3. Program yang bertemakan "Sekolahku Sejahtera" memberi fokus kepada sahsiah murid Tahun 3 yang bermatlamat cegah buli "berfikir sebelum bertindak". Perkataan "henshin" berasal dari bahasa Jepun yang membawa maksud "berubah". Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Berikut adalah maklumat berkaitan program:
Tarikh: 8 Ogos hingga 10 Ogos 2022
Hari: Isnin hingga Rabu
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Anjuran: Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin
Objektif program:
- Meningkatkan kefahaman murid tentang gejala buli
- Meningkatkan kesedaran murid-murid akan bahaya perbuatan buli serta kesan-kesan dan akibat terhadap mereka yang dibuli dan warga sekolah amnya.
- Menanam sikap saling sayang-menyayangi, tolong-menolong dan berdisiplin dalam kalangan murid-murid SKTPP
- Mengurangkan jumlah perbuatan buli di sekolah
Slaid Taklimat Anti Buli (Berfikir Sebelum Bertindak), sila klik https://anyflip.com/bungw/mobz/
Berikut merupakan rakaman gambar dan video semasa program dijalankan:
Taklimat Anti Buli oleh Penyelaras Program (Puan Nor Arzah binti Hussin) |
Pengurusan peserta oleh Pn Nor Rafini binti Othman |
Pengacara Majlis: Puan Nor Arzah binti Hussin |
Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali |
Slot Ceramah: Jom Henshin oleh penceramah jemputan (Encik Shahril Sabri) |
Slot aktiviti bersama Fasilitator (Abang Ammar)
Bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Shahril Sabri
Bacaan Ikrar Buli di bawah pimpinan Cikgu Nor Arzah
No comments:
Post a Comment