... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, August 26, 2022

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah (Sesi Petang)

Setiap tahun kita akan menyambut tahun baharu hijrah atau Maal Hijrah. Dari segi bahasa Maal Hijrah bermaksud sama -sama berpindah. Dari segi istilah bermaksud berpindah dari perkara yang negatif kepada yang positif dan dari perkara positif kepada yang lebih afdhal. Secara asasnya sambutan Maal Hijrah disambut sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah yang membawa kepada persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar serta berkembangnya umat Islam ke seluruh pelosok dunia.  

Justeru itu pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah dengan objektif memupuk semangat murid-murid supaya menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam berdakwah dan mengingati peristiwa penting ini dalam sejarah Islam.

Antara objektif sambutan Maal Hijrah ialah:

1. Mendedahkan kepada murid peristiwa yang membawa kepada penghijrahan.

2. Membuka minda murid betapa perlunya hijrah dan kebaikan berhijrah.

3. Mengambil iktibar  dari peristiwa hijrah dan menanamkan sifat kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.

Majlis bermula pada pukul 2.30 petang pada hari Jumaat (26/8/2022) bertempat di Dewan Perdana SKTPP. Dimulai dengan ucapan pengerusi majlis; Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris. Manakala penceramah jemputan pula Ustaz Zairuddin bin Mohd Kelsom telah menyampaikan tazkirah yang berkaitan dengan peristiwa Maal Hijrah. Semua murid kelihatan bersemangat mendengar ceramah di samping menjawab soalan-soalan kuiz yang berkaitan dengan peristiwa Maal Hijrah.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung:

Ustaz Hadri bin Ag Idris sebagai pengerusi majlis

Penceramah sedang memberi penerangan

Murid mendengar ceramah

Murid menjawab soalan kuiz

Antara murid yang berjaya menjawab soalan kuiz

Barisan guru SKTPP

Penyampaian cenderahati oleh PK Petang

Majlis bersurai lebih kurang pada pukul 4.00 petang dengan penyampaian cenderahati oleh PK Petang; Puan Siti Raudah kepada penceramah jemputan.  Dengan adanya majlis sebegini diharapkan objektif yang dirancang tercapai, mendapat sokongan dari semua pihak dan diberkati Allah SWT. Mudah-mudahan semua murid dan guru mendapat faedah yang diharapkan berserta ganjaran pahala di akhirat kelak. 

Semoga tema Maal Hijrah tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran dapat dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira bangsa dan agama. Aspirasi sebuah keluarga besar dalam masyarakat berbilang kaum dan agama menepati konsep yang diterapkan dalam konsep hijrah yang pernah dibawa pada zaman Rasulullah SAW. Akhir sekali saya sertakan serangkap pantun sebagai penutup bicara untuk renungan kita semua.

Burung murai hinggap di dahan,
Mencari makanan untuk bekalan;
Hayati hijrah dengan kesungguhan,
Penuh dengan lambang pengorbanan.

Salam Maal Hijrah


Laporan disediakan oleh:
Hastipa bt Mat Daud

No comments:

Post a Comment