... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...
Showing posts with label Aktiviti Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Kaunseling. Show all posts

Friday, January 4, 2019

Program Maju Diri (PMD) & Semarak Sahsiah 2019


Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid Tahap 2 di semua sekolah di Negeri Selangor.

PMD dijalankan dengan tujuan mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama. Di samping itu program ini juga bertujuan untuk :
  • Meningkatkan minat murid-murid untuk belajar
  • Membentuk matlamat hadir ke sekolah
  • Menimbulkan kejelekitan sesama rakan sekelas
  • Memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan diri
  • Memberi pengetahuan dalam merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah
  • Murid belajar menghargai insan yang signifikan dalam hidup mereka terutamanya guru
Manakala, program Semarak Sahsiah ini diselitkan dengan satu slot taklimat disiplin sebagai satu peringatan di awal persekolahan.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 3 & 4 Januari 2019 (Khamis & Jumaat). Berikut aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini.

1) Senamrobik
2) Ice Breaking 
3)Ceramah PMD dan Semarak Sahsiah Tahun 4, 5 & 6
4) Persembahan Silap Mata
5) LDK
6) Taklimat Disiplin

Berikut paparan gambar sepanjang 2 hari program dijalankan

Senamrobik yang sungguh energetik!!
Tahniah kepada koordinator Cikgu Hafiz, Cikgu Afiq dan Ustaz Zubair

Ice Breaking (Tahun 4)
Dijalankan oleh Cikgu Rozimah....banyak belon kan? Tajuk Ice Breaking kali ini ialah Belonku Belonmu

Ice Breaking (Tahun 5)
Dijalankan oleh Cikgu Arzah. Murid-murid sangat suka dengan belon..riang ria hari ini dapat meletopkan belon

Ice Breaking (Tahun 6)
Dijalankan oleh Cikgu Juli..Gigih betul meniup belon

Peserta Tahun 4
Ceramah PMD & Semarak Sahsiah disampaikan oleh Encik Mohd Samri bin Othman.
Peserta Tahun 5
En Samri menggunakan kaedah berbeza bagi setiap tahun untuk ceramahnya

Peserta Tahun 6
En Samri juga dikenali sebagai Brother Sham dalam kalangan murid-murid

LDK "Uniknya Diriku" dijalankan oleh guru mata pelajaran

LDK "My Go Goal" & "Tak Kenal Maka Tak Cinta" dijalankan di dalam kelas
Persembahan silap mata menghiburkan dan menarik perhatian murid-murid. Terima kasih kepada Ustaz Hadri sudi menerima jemputan kali ini

Taklimat disiplin disampaikan oleh Tuan Haji Tarmiji b Sabali (Guru Disiplin)

Sebahagian daripada aktiviti senamrobik



Tuesday, August 14, 2018

Program Sinar Nurani 2018

Pembentukan sahsiah diri murid yang cemerlang merupakan aset terpenting dalam pencapaian akademik seseorang murid. Kegagalan murid menguruskan disiplin diri dengan baik secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai masalah dalam pergaulan terutamanya akademik.

Wahai buah hati cikgu, 
Semua impian akan menjadi kenyataan, bila kita memiliki keberanian untuk menjejakinya

Kata Wilson Kanadi,
Cara termudah untuk jadi pandai adalah belajar hal terbodoh yang pernah kita lakukan

Justeru, Program Sinar Nurani diharapkan dapat menyuntik semangat kepada murid-murid untuk menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang.

Berjalan seperti yang dirancang.. 14 Ogos 2018

Belum apa-apa lagi murid dah tertarik dengan apa yang disampaikan oleh penceramah

Tu dia...Tuan Saadon bin Shamsuddin. penceramah jemputan kita pada hari ini.. luar biasa
Semoga terkesan wahai anak-anak 
Singgah juga sejadah gebu di SKTPP... Terima kasih tuan
Kami Benci DARVIH


Next project... sumbangan ceramah kepada anak didik SKTPP buat murid-murid Tahun 5 dan 6. Terima kasih daun keladi tuan.

Friday, March 9, 2018

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2018

Pada 9 Mac 2018 telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya bagi sesi 2018.

      Antara objektif Pembimbing Rakan Sebaya :
1. Mewujudkan murid-murid yang mempunyai daya kepimpinan dan ketrampilan diri yang tinggi

2. Meningkatkan motivasi murid dari segi pencapaian akademik dan sahsiah agar boleh dijadikan       contoh.
3. Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.

4. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

Berikut merupakan antara paparan gambar sepanjang majlis berlangsung :











Friday, April 14, 2017

Majlis Pelancaran Program The Champion 2017

Pada 14 April 2017, program The Champion 2017 telah dilancarkan oleh Pn Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Program ini dicetuskan oleh mantan Pengarah Pendidikan Selangor, Encik Zainuren bin Hj. Mohd Nor bertujuan untuk melonjakkan pencapaian Selangor dalam bidang akademik.

Tahun ini merupakan tahun ketiga program ini dijalankan di SKTPP. Seramai 34 orang daripada 278 orang murid Tahun 6 (12.2%) terpilih untuk menyertai program ini. Mereka dipilih berdasarkan keputusan cemerlang semasa PKSR 1 2017 yang diduduki baru-baru ini.

Dalam ucapan beliau, Guru Besar memberi kata-kata semangat kepada murid-murid dan mengingatkan mereka bahawa kunci kejayaaan berada di tangan mereka. Mereka perlu berusaha kerana kejayaan bukan senang untuk dicapai. Bak kata pepatah, yang pipih tak akan datang melayang, yang bulat tak akan datang bergolek.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis pelancaran.

Cikgu Rosalinda Mempengerusikan Majlis

Ustaz Mahadir Membacakan Doa

Guru Besar Melancarkan Program The Champion 2017

Guru Besar dan Penolong Kanan SKTPP

Guru Terlibat Bersedia Dengan Cenderamata Untuk 'The Champion'

Antara Murid Perempuan yang Terpilih

Antara Murid Lelaki yang Terpilih

'The Champion' Benci DARVIH

Disediakan oleh :
Norliza binti Ali @ Yasim
Norinna binti Mohamed

Thursday, September 27, 2012

KUIZ UJI MINDA (D.A.R.I.H) - SESI PETANG

Hari ini telah berlangsung Kuiz Uji Minda (D.A.R.I.H) untuk semua murid Tahun 1 hingga 6. Aktiviti ini diadakan untuk menguji pengetahuan semua murid berkaitan Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV/AIDS.

Berikut adalah pemenang mengikut tahun :

TAHUN 1 

Tempat Pertama  : Hurin Batrisyia Amani Bt. Ahamad Junaidi (1 Zuhrah)
Tempat Kedua      : Muhd. Syakir (1 Marikh)
Tempat Ketiga      : Nik Muhd. Haziq b. Nik Mood (1 Uranus)


TAHUN 2

Tempat Pertama  : Syarifah Qhuzaimah bt. Sheikh Abdillah (2 Gamma)
Tempat Kedua      : Neofaris Arman Nasihin b. Mohd Nazrul Nazib (2 Sigma)
Temapt Ketiga      : Farah Maisarah (2 Thetha)


TAHUN 3

Tempat Pertama  : Jasmine Athirah bt. Hanif (3 Wira)
Tempat Kedua      : Nurul Hidayati bt. Muliadi (3 Juara)
Tempat Ketiga      : Nooraina Adlina (3 Viva)




 Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program dijalankan.













 Terima kasih diucapkan kepada semua AJK pelaksana yang telah menjayakan aktiviti ini.






Tuesday, July 10, 2012

PROGRAM ANTI DADAH 2012

TARIKH       : 10 Julai 2012 (Selasa)
AKTIVITI     : 9.30 pagi hingga 10.30 pagi (Sesi Ceramah 1; di Dewan Perdana)
                        2.00 petang hingga 3.00 petang (Sesi Ceramah 2 ; di Dewan Perdana)
                        9.30 pagi hingga 3.40 petang (Pameran Anti Dadah di Lorong PPDa)


OBJEKTIF   :
Objektif program adalah seperti berikut:
a)      Meningkatkan pemahaman dan pengetahuan warga sekolah berkaitan bahaya dadah.
b)      Menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar menjauhi aktiviti yang boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah.
c)      Meningkatkan keazaman semua warga sekolah agar menjauhi dan membenci dadah.




Program Anti Dadah 2012 "Saya Benci Dadah"


Murid sesi pagi sedang mendengar ceramah daripada En Khairool daripada Pegawai AADK, Sepang


Murid memberi perhatian dalam sesi ceramah yang disampaikan


 Sesi soal jawab untuk menguji tahap kefahaman murid-murid


Pameran di laluan PPDa


 Murid sesi petang (Tahun 2&3) mendengar ceramah daripada En Khairool


 Pertandingan mewarna murid Tahun 1


 En Khairool Aziman bin Tuah (Pegawai AADK, Daerah Sepang)


 Penyampaian sijil penghargaan kepada Pegawai AADK

Penyampaian cenderahati kepada En Farid bin Bujang (Ketua Unit Pencegahan Institusi AADK Daerah Sepang)