Kepada mereka yang tidak dapat hadir bolehlah berurusan di pejabat sekolah mulai Isnin minggu depan (21 November 2011) pada waktu pejabat. Pastikan membawa dokumen kad pengenalan ibu/bapa/penjaga dan salinan surat beranak anak seperti yang dinyatakan dalam memo yang diedarkan sebelum cuti sekolah. Bagi sekolah rendah, murid tidak dibenarkan mengambilnya. Hanya ibu/bapa/penjaganya yang sah yang dibenarkan.
Friday, November 18, 2011
Majlis Pengagihan Bantuan Khas RM100
Kepada mereka yang tidak dapat hadir bolehlah berurusan di pejabat sekolah mulai Isnin minggu depan (21 November 2011) pada waktu pejabat. Pastikan membawa dokumen kad pengenalan ibu/bapa/penjaga dan salinan surat beranak anak seperti yang dinyatakan dalam memo yang diedarkan sebelum cuti sekolah. Bagi sekolah rendah, murid tidak dibenarkan mengambilnya. Hanya ibu/bapa/penjaganya yang sah yang dibenarkan.
Tuesday, November 15, 2011
MAKLUMAN PENUTUPAN IBU PEJABAT DAN PEJABAT-PEJABAT CAWANGAN PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM NEGERI SELANGOR
Monday, November 14, 2011
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 42 (SESI PAGI)
Hari : Isnin
Tarikh : 31 Oktober 2011
Masa : 7.30-8.00 pagi
Guru bertugas:
Pn Nor Hanawati Alinda
Pn Nur Zainun bt Razali
Pn Siti Rabiah
Pn Nor Azila bt Ngah
Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor
Pn Kwa Jin Nee
En zulkifli
En Nurul Fakhri
Laporan/Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Bacaan doa diketuai oleh adik Amirul Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Nurul Fakhri.
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Muhammad Hafez.
5. Ucapan guru bertugas : (En Nurul Fakhri)
· Beliau menasihati murid-murid supaya sentiasa menjaga tingkah laku semasa cuti persekolahan pada akhir tahun 2011.
6. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran : (Pn Siti Habsah)
1) Aktiviti minggu ini :
· Isnin : Raptai penuh Hari Anugerah Cemerlang
· Selasa : Penyampaian Sijil Penghargaan
· Rabu : Hari Kemuncak Anugerah Cemerlang
( Diminta murid yang menerima anugerah hadir dengan berpakaian kemas dan beruniform sekolah yang lengkap )
· Khamis : Hari Graduasi Tahun 6 dan Keputusan UPSR diumumkan.
( Keputusan UPSR akan diedarkan selepas tamat Majlis Hari Graduasi Tahun 6 )
· Jumaat : Hari Terakhir Persekolahan.
(Murid datang sekolah seperti biasa dan murid digalakkan memohon maaf dengan semua guru-guru )
2) Sesi Persekolahan tahun 2012 bermula pada 4 Januari 2012 (Rabu).
3) Koperasi Sekolah akan dibuka pada 15 Disember 2011
4) Pengambilan Buku Teks untuk sesi persekolahan 2012 bermula pada 19 hingga
22 Disember 2011
5) Peruntukkan RM100 setiap murid akan diumumkan melalui blog sekolah
6) Murid-murid dan guru-guru sesi petang hendaklah hadir mengikut masa yang telah ditetapkan.
Friday, November 11, 2011
PERMOHONAN MASUK KE SEKOLAH AGAMA
Kepada murid yang berminat untuk memohon, borang permohonan boleh diperolehi di pejabat sekolah selepas keputusan peperiksaan UPSR 2011 diumumkan.
Thursday, November 10, 2011
PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 4 DAN TAHUN 5 KE SEKOLAH MODEL KHAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERU, KLANG TAHUN 2012
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN, KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DAN ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2011
Dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mengadakan majlis di atas seperti ketetapan berikut:-
Raptai Majlis
Tarikh : 14.11.2011 (Isnin)
Masa : 7.40 pagi – 1.00 ptg
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Kecemerlangan Kokurikulum
Tarikh : 15.11.2011 (Selasa)
Masa : 7.40 pagi – 1.00 ptg
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
Majlis Hari Anugerah Cemerlang
Tarikh : 16.11.2011 (Rabu)
Masa : 7.40 pagi – 1.00 ptg
Tempat : Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
Semua murid dikehendaki hadir pada sesi pagi dan persekolahan sesi petang ditangguhkan. Murid-murid tahun 1, 2 dan 3 akan bersekolah mengikut jadual seperti biasa pada 17.11.2011 (Khamis) dan 18.11.2011 (Jumaat).
Surat akan diedarkan pada minggu ini.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Tuesday, November 1, 2011
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform 2011
Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah:
1. untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
2. untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta.
3. untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SKTPP.
Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 28-29 Oktober 2011 di sekolah. Walau pun perancangan awal, murid berkhemah di padang sekolah, namun tidak berjaya direalisasikan kerana faktor cuaca buruk. Namun begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya.
Acara penutupan program ini telah disempurnakan oleh tuan guru besar SKTPP sendiri iaitu Encik Sukimin bin Juki pada pukul 4.00 petang, 29 Oktober 2011. Beliau tekah berbesar hati meluangkan masa dan menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil kepada para peserta perkhemahan.
Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:
Hari Pertama: Jumaat, 28 Oktober 2011











