... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, November 20, 2020

PdPR secara atas talian Google Meet - 3 Nokia

Tarikh: 20 November 2020

Kelas: 3 Nokia

Mata pelajaran: Pendidikan Kesihatan (Membina peta bulatan tentang Snek Pilihan Tepat)

Nama Guru: Puan Siti Aisah binti Hanafi

Wednesday, November 18, 2020

Pertandingan Madah Intelek PRS Tahun 5 Peringkat SKTPP

 Berita Gembira Untuk Semua PRS Tahun 5 😀😃😃

Unit Bimbingan & Kaunseling akan menganjurkan satu Pertandingan Madah Intelek bagi menggilap bakat dan melahirkan barisan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang berkarisma dan mempunyai ketokohan di peringkat sekolah dan berupaya serta mahir dalam bidang pengucapan awam.

Pertandingan ini terbuka kepada semua PRS tahun 5 di SKTPP. Hadiah berupa wang tunai turut disediakan kepada pemenang dan saguhati kepada semua peserta. Maklumat lanjut ada tertera dalam poster yang disediakan di sini...👇👇👇

Tuesday, November 17, 2020

Jom Tingkatkan Motivasi Dengan Formula P.K.P.B

Assalamualaikum dan salam manis buat semua warga SK Taman Putra Perdana. Semoga warga SKTPP sentiasa kekal tabah dan bersemangat dalam menjalani kehidupan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Jom kita sama-sama tingkatkan motivasi dengan formula P.K.P.B


#kitamasihbelummenang

#kitajagakita

Saturday, November 14, 2020

Selamat Hari Deepavali


Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang beragama Hindu daripada kami di SK Taman Putra Perdana.



Wednesday, November 11, 2020

Emosi

Salam rindu buat anak didik serta warga SK Taman Putra Perdana. Semoga semuanya berada dalam lindungan Allah serta dihindari dari wabak corona virus. Sedia maklum.. ketika ini kita semua sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Emosi adalah perkara yang paling penting untuk dijaga supaya kita dapat mengekalkan kestabilannya dalam menghadapi situasi ini. Apabila kestabilan emosi dapat dikawal, kita akan dapat menjalani rutin harian tanpa sebarang tekanan. Mari kita tonton video berikut untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan emosi. Selamat menonton..

Monday, November 9, 2020

Penutupan Sesi Persekolahan Seluruh Malaysia


Semua sekolah akan terus ditutup sehingga tahun depan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di hampir semua negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan kata Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) Radzi Jidin.

Beliau berkata, penutupan sekolah ini termasuk di negeri-negeri yang tidak dikenakan PKPB mulai esok sehingga sesi persekolahan bermula pada 20 Januari 2021.

“Oleh yang demikian, KPM memutuskan semua sekolah seluruh Malaysia akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B."

“Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak Covid-19,” katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Katanya, sepanjang tempoh penutupan sekolah, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara “Home-based Learning” mengikut kesesuaian guru dan murid.

“Sepertimana Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021 yang diumumkan sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021. Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut.

Friday, November 6, 2020

Adakah Kita Bahagia?

Assalamualaikum dan Salam Bahagia..

Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya jauh lebih baik bagi kita semua dibanding hari-hari yang telah kita lalui.. Amin..

Pastinya kita semua ingin hidup bahagia.. tapi bagaimana kita hendak kecapi kebahagiaan?

Jom kita tonton video ini..


Murid-murid juga boleh menonton video ini dalam Google Classroom (Guru Kaunseling Anda).

Jika ada kelapangan masa, murid-murid bolehlah jawab soalan-soalan mudah dan ringkas yang juga disertakan di dalam Google Classroom (Guru Kaunseling Anda).

Kepada murid-murid yang masih belum menyertai Google Classroom (Guru Kaunseling Anda), bolehlah sertainya  dengan menggunakan code: igmfv3e

Terima kasih..

Saturday, October 31, 2020

Lantai Surau

Lantai luar surau dicat hijau oleh cleaner sekolah. Semoga dapat membangkitkan seri dan kecintaan warga sekolah untuk solat. Tiang parkir di sebelah surau turut berubah wajah. Iman itu indah...












Friday, October 30, 2020

DELIMa

DELIMa: Digital Education Learning Initiative Malaysia

Selamat pagi dan salam sejahtera semua!!

Diharapkan semua sentiasa sihat dan dijauhi dari jangkitan virus Covid-19 ini.

Mari berkenalan bersama DELIMa …

Murid-murid boleh mengakses masuk ke dalam ‘’Google Classroom’’ melalui DELIMa. Boleh  menonton youtube dibawah untuk mengetahui cara akses google classroom melalui DELIMa:



Murid-murid boleh membuat semakan  ID GC masing-masing melalui:

1. Masuk ke dalam Blog Sekolah (SKTPP)

2. Pilih ''E-Pembelajaran''

3. Pilih ''Semakan ID GC 2020''

Murid boleh menyemak ID Google Classroom anda menggunakan nombor MyKid atau Sijil Lahir. Sila dapatkan bantuan daripada ibubapa jika tidak mengetahui nombor MyKid atau Sijil Lahir anda.

Di waktu PKPB ini, murid juga digalakkan untuk terus membaca walaupun berada di rumah. Membaca adalah jambatan ilmu! Sebagai penutup, ingat pesan ini yaa murid-murid...

Jalan terus, jumpa paya

Tak ikut kata, salah arah

Corona virus, sangat bahaya

Mari kita, duduk rumah

 Semoga semua selalu menjaga keselamatan diri dan keluarga, sampai kita bertemu lagi… 

Stay safe!

Monday, October 26, 2020

Jom Jadi Adiwira...

 Assalamualaikum dan salam sihat...

Semoga kita dijauhi dari jangkitan virus COVID-19.

Jangan alpa, kita masih belum menang. Kita perlu meneruskan usaha membantu menurunkan kes COVID-19 di negara kita dengan mengamalkan penjarakan fizikal yang selamat, menjaga kebersihan diri terutamanya kebersihan tangan, mengelakkan kawasan yang sempit dan sesak serta mengelakkan bertutur dengan jarak yang dekat. Sentiasalah memakai pelitup muka walau di mana kita pergi terutamanya di tempat awam. Pemakaian pelitup muka ini adalah antara kunci penting untuk kita mengekang penularan virus COVID-19.

Sama-samalah 'kita jaga kita' dan jadi Adiwira...

Jom tonton video ini:

#kitajagakita

#staysafe