RABU, 17 OKTOBER 2012: Kursus ini dibawah anjuran Panitia Bahasa Inggeris telah dijalankan oleh Pn. Suhaizan Sukiman dengan dibantu oleh mentor Penutur Jati, Ms. Hannah Casey di Bilik KSSR, SKTPP dari 12.00 - 1.00 tengah hari.
Kursus ini bertujuan memperkenalkan asas bunyi fonetik huruf A - Z dan cadangan aksi yang boleh dibuat untuk setiap bunyi bagi membantu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris untuk Pra Sekolah.
Ia telah dihadiri oleh dua guru Pra Sekolah SKTPP iaitu Pn. Halimatun Saadiah Hassan dan Pn. Noor Hanawati Alinda Abd Taib Puruji. Pn. Salmi Amir, Pn. Azizah Abd Hamid dan Pn. Kwa Jin Nee (Ketua Panitia Bahasa Inggeris SKTPP) juga turut serta berminat mengikuti kursus ini.
Kursus ini telah berjalan dengan jayanya.
Bahan-bahan kursus |
Pn. Suhaizan memberikan penerangan mengenai asas fonetik |
Ms. Hannah Casey mengajar mengenai perbezaan bunyi |
Pn. Suhaizan dan Ms. Hannah Casey |
Dari kanan: Pn. Halimatun, Pn. Azizah, Pn. Salmi dan Pn. Noor Hanawati Alinda |
Pn. Kwa Jin Nee juga turut serta |
Pn. Salmi Amir mencuba aktiviti bunyi |
No comments:
Post a Comment