HARI : ISNIN
TARIKH : 15.10.2012
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
GURU BERTUGAS
1. Pn Norshakila bt Rusly
2. Pn Rosmizawati bt Yusub
3. Pn Juli bt Mahbah
4. Pn Nor Fairuzah bt Ahmad Ramli
5. Pn Halimatun Saadiah bt Hassan
6. En Ahmad Musrizuan bin Daud
7. En Saifullah bin Mat Saupi
LAPORAN
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
a) Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan sekolah.
b) Bacaan doa oleh adik Kamal Aizam (6 Xenix)
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Norshakila bt Rusly.
d) Ikrar murid oleh adik Atikah An-Nur (6 Xenix)
2. Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn Nor Azura bt Mustafa)
a) Beliau mengingatkan murid-murid supaya sentiasa beratur semasa membeli makanan di kantin.
b) Beliau juga menegur murid-murid supaya beratur dan berjalan semasa hendak pergi ke bilik-bilik khas, kantin dan sebagainya. Tidak perlu berlari-lari untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
3. Keputusan Pertandingan Keceriaan Kelas
PPKI
1. Tabah
2. Semangat
Tahun 4
1. Tabah
2. Semangat
Tahun 4
1. Jati
2. Meranti
3. Resak
Tahun 5
1. Merbok
2. Merpati
3. Belatuk
4. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn Norshakila bt Rusly)
a) Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
b) Tema minggu ini : Amalkan makanan yang sihat
b) Tema minggu ini : Amalkan makanan yang sihat
- Tabiat pemakanan seharian berkait rapat dengan pembentukan jiwa seseorang, maka murid-murid diingatkan supaya sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat sesuai dengan saranan al-quran dan as-sunnah.
- murid-murid juga dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan yang syubhat dan haram kerana ianya akan menjadikan hati keras dan susah menerima nasihat dan teguran.
- murid-murid juga dinasihatkan supaya tidak mengambil makanan yang syubhat dan haram kerana ianya akan menjadikan hati keras dan susah menerima nasihat dan teguran.
5. Perkataan LAWAD
BM : dahsyat = ngeri
BI : sapphire = batu nilam
BA : asy-syuhuru = bulan-bulan
6. Ucapan guru disiplin (Pn Zaleha bt Ramdan Mohamed)
a) Murid-murid diingatkan supaya tidak bermain di kawasan kabin pada waktu rehat kerana didapati kerusi dan meja yang berada di sana tidak lagi kelihatan teratur dan tersusun.
b) Murid-murid tahun 6 pula dinasihatkan supaya sentiasa bersama dengan guru matapelajaran masing-masing pada setiap waktu pembelajaran bukan berkeliaran di kawasan sekolah dan melakukan perkara-perkara yang melanggar disiplin.
c) Akhir sekali, peringatan kepada semua murid supaya tidak lagi membawa barangan berharga ke sekolah dan sentiasa menjaga hak milik peribadi dengan baik dan cermat.
7. Ucapan PK HEM (Pn Jamilah bt Ariffin)
a) Pemulangan buku teks bagi tahun 4 dan 5 adalah pada minggu hadapan manakala tahun 6 adalah pada minggu ini.
b) Diingatkan kepada semua murid supaya memakai pakaian uniform sekolah di sepanjang minggu peperiksaan ini, tidak dibenarkan memakai baju sukan.
Perhimpunan ditamatkan pada jam 8.00 pagi.
Disediakan oleh :
Pn Nor Fairuzah bt Ahmad Ramli

No comments:
Post a Comment