Tokoh
Kanak-Kanak SK Taman Putra Perdana Tahun 2012 telah dipilih oleh Jawatankuasa
pemilihan tokoh dan mendapat pengesahan daripada Guru Besar SK Taman Putra
Perdana pada 19 Oktober 2012.
Tokoh
Kanak-Kanak ini dipilih berdasarkan skor yang ditentukan berdasarkan borang
pencalonan dan hasil temu bual dengan calon dan orang yang mengenali calon.
Hasil pengiraan skor, tokoh ini telah mendapat persetujuan sebulat suara
daripada pihak Jawatankuasa Pemilihan dengan mengatasi 5 pencalonan yang lain.
Skor ini berdasarkan aspek penilaian sahsiah dan ketokohan.
Tokoh
Kanak-kanak ini lahir pada 11 Jun 2000 merupakan puteri kepada pasangan
Zainudin Bin Mohamed dan Noorafizatun Bte Mohamed Noordin. Anak sulung daripada
dua adik-beradik.
Daripada
seorang murid biasa, beliau telah diamanahkan beberapa tugas penting seperti
Pengawas Sekolah bermula dari Tahun 3 dan seterusnya diberi kepercayaan
menyandang jawatan sebagai Ketua Pengawas Sekolah serta taat memimpin bacaan
ikrar murid setiap minggu pada perhimpunan rasmi. Beliau telah bersekolah di
Sekolah Agama Azzuhdi bermula dengan tahap khas hinggalah ke tahap 6 seawal
usia 4 tahun hingga 9 tahun. Di sini, beliau telah menunjukkan kecemerlangan
dengan dianugerahkan Pelajar Cemerlang
tahun 2009.
Setelah
berpindah ke Sekolah Agama Annajah, beliau meneruskan kecemerlangan setelah
dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang tahun 2010 dan 2011. Beliau juga giat
menyertai pertandingan nasyid pada tahun 2010 dengan mendapat tempat ketiga dan
seterusnya berjaya mendapat tempat kedua pada tahun 2011.
Di
samping menunjukkan kecemerlangan di sekolah agama,beliau juga turut mendapat
pujian dan pengiktirafan daripada pihak luar setelah menjadi peserta tunggal
membawa nama SK Taman Putra Perdana dalam Rancangan Clever anjuran Astro pada
tahun 2011. Beliau juga aktif dalam pertandingan Coral Speaking semasa di tahun
4, 2010 dan memenangi tempat pertama peringkat daerah bersama pasukan bicara
berirama sekolah dalam Pertandingan Bicara Berirama 2012. Selain itu, beliau
merupakan salah seorang peserta yang menyertai KemRobotik di SK Bachok,Kelantan
pada tahun 2011. Beliau juga merupakan salah seorang daripada 6 peserta yang
mewakili daerah ke peringkat negeri pada tahun ini. Aktiviti luar juga menjadi
pilihan beliau apabila menjadi salah seorang peserta perkhemahan Pandu Puteri
Peringkat Negeri 2012 di SK Kg Medan, Kuala Langat, Selangor.
Keperibadian
beliau terserlah apabila sering menunjukkan sahsiah yang terpuji kerana
sentiasa ringan tulang membantu guru-guru dan rakan-rakan yang memerlukan
bantuan.
Beliau
disenangi kerana sering menjaga interaksi yang baik sesama rakan apatah lagi
sesama staf dan guru. Malahan, beliau sentiasa menonjolkan ketrampilan diri bak
kata orang, sedap mata memandang. Beliau juga telah menjalankan tugas dan tanggungjawab
dengan baik dan ramah apabila tanpa jemu melayan pengunjung gerai pameran Ureka
dan Robotik pada Pameran Hari Inovasi dan Kerjaya 2012.
Atas
kelebihan-kelebihan yang telah diperincikan itulah telah melayakkan adik Atiqah An-Nur Binti Zainudin dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-Kanak 2012.
No comments:
Post a Comment