TARIKH : 1 Oktober
2012
HARI : Isnin
MASA : 6.10 -
6.40 petang
GURU BERTUGAS MINGGUAN
1. PN. HASTIPA @ ZAITON BT MAD DAUD
2. PN.NORA BT SABIHI
3. PN. ARNNY YUSNITA BT MD.ENARJI
4. PN. SITI NURUL AKMA BT SULAIMAN
5. EN. WAN MOHD ROSWANDY BIN WAN IBRAHIM
6. PN. AZURA FARINA BT ABDULLAH
7. CIK UMMI HARITHAH BT MOHD BAHARUDDIN
LAPORAN/ ULASAN
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor
dan Lagu Sekolah
2. Bacaan doa oleh adik Fakrul Akhbar bin
Abu Bakar dari kelas 3 Waja
3. Bacaan ikrar Rukunegara dan keselamatan
jalan raya oleh Pn.Nora
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Husna
Aqilah bt Mohd Afzanizan dari kelas 3 Waja
LAPORAN/ ULASAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS
(Pn.
Rashidah bt Mahmad)
1. Menasihati murid yang melintas jalan
raya agar berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan yang tidak diingini.
2. Murid yang suka bergurau senda dengan
rakan sehingga berlakunya kejadian yang
tidak diingini seperti tumbuk -menumbuk sehingga tercedera. Murid dinasihatkan supaya menjaga tingkah laku
semasa bermain.
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI
TEMA : Usaha Tangga Kejayaan
(Pn.
Nora bt Sabihi)
1. Usaha Tangga Kejayaan bukan sekadar
untuk menetapkan sasaran jika diri sendiri
hendak berjaya tetapi tanpa usaha tidak akan membuahkan hasil.
2. Jika ingin memperolehi kejayaan dalam
pelajaran perlulah memberi tumpuan yang
penuh semasa di dalam kelas.
3. Kita perlu banyak membaca dan tidak
ponteng sekolah untuk berjaya dalam pelajaran.
PERKATAAN LAWAD
1. BM -
galas (pikul) – bahu
2. BI - student (pelajar)
3. BA - ramyul jullati (lontar peluru)
HAL-HAL LAIN
1. Ucapan berkaitan disiplin
(En.Hafiz bin Md Noor)
- Terdapat beberapa orang murid yang
suka bermain di surau dan memanjat tangki
air akan membahayakan diri sendiri.
- Juga didapati murid lelaki yang suka
membuka baju dan menayangkan badan kepada
murid-murid perempuan, perbuatan ini adalah tidak baik dan perlu menjaga tingkah laku agar menjadi
murid yang baik dan bersopan-santun.
2. Pengumuman kelas tasmik berjalan
seperti biasa pada minggu ini dan merupakan
minggu terakhir untuk kelas
berkenaan.
3. Aktiviti kokurikulum bagi murid Tahun
Tiga pada hari Rabu adalah Unit Beruniform
(UB).
UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG, EN ROSDIN BIN IBRAHIM
1. Menasihati murid supaya membalas jasa
kedua ibu bapa `atau guru di sekolah.
2. Cara yang berkesan untuk membalas jasa
adalah dengan menuntut ilmu dan belajar
bersungguh-sungguh serta sentiasa menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
3. Murid dinasihatkan supaya membuat kerja
rumah yang diberikan oleh guru, tidak bercakap
dan bermain di dalam kelas.
4. Memaklumkan bahawa sekarang adalah
musim hujan/ tengkujuh, murid dinasihatkan
supaya tidak mengikut rakan-rakan bermain di sungai atau lombong.
5. Murid-murid perlulah mencari dan mengumpul
semula buku teks Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT) untuk dipulangkan kepada guru kelas pada hujung tahun nanti.
Perhimpunan
ditamatkan pada jam 6.40 petang.
Disediakan
oleh:
PN
AZURA FARINA BT ABDULLAH
No comments:
Post a Comment