Kem Bestari Solat adalah salah satu model di dalam
komponen model-model program j-QAF yang mesti dilaksanakan. Kem Bestari Solat
yang dilaksanakan sebanyak empat kali setiap tahun merupakan aktiviti kokurikulum
untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan,
perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan.
Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah berjaya melaksanakan Kem Bestari Solat siri (1) tahun 4, 5 dan 6 pada 15.2.2104. Jumlah kehadiran murid adalah seramai 398 orang murid dan fasilitator seramai 23 orang. Kem ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Ustaz Zurilazman menunjukkan video cara berwuduk dan solat dengan betul.
Murid mengangkat tangan ingin menjawab soalan kuiz.
Murid cuba menjawab soalan kuiz.
LDK di Dewan Perdana.
LDK di dalam kelas.
LDK di surau SKTPP.
Latihan amali wuduk.
No comments:
Post a Comment