... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, February 24, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-9 (SESI PAGI) -24 FEBRUARI 2014



GURU-GURU YANG  BERTUGAS

§  Encik Tarmiji bin Sabali
§  Puan Norhafiza bt Ismail
§  Puan Norsiah bt Mohd Nor
§  Puan Nor Azura bt Mohd Asir
§  Puan Khairon Najmi bt Haron
§  Puan Astina bt Mahad Nor
§  Puan Azlina bt Mat Isa
    Puan Nurul Huda bt Hasbullah



Barisan guru bertugas yang diketuai oleh Cikgu Tarmiji 

LAPORAN/ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.       Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2.       Bacaan doa oleh Fatnul Akhbar bin Abu Bakar.
3.       Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan          Norhafiza.
4.       Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Aniq Iqbal bin Zulkarnain.

Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Puan Norliza bt Ali)

1.    Sepanjang minggu lepas, didapati ramai murid yang datang lewat ke sekolah, murid diminta supaya berusaha untuk datang awal kerana tindakan tata tertib akan diambil jika murid selalu lambat ke sekolah
2.    Dari segi kebersihan kelas, didapati kurang memuaskan kerana ada kelas yang tidak disapu dan keadaan meja yang tidak tersusun. Guru bertugas meminta supaya murid bekerjasama untuk sama-sama menjaga kebersihan di sekolah.
3.    Murid dilarang sama sekali membawa bungkusan air minuman yang dibeli di kantin sekolah masuk ke dalam kelas.
4.    Perbuatan meludah di tangga adalah perbuatan yang tidak bermoral namun masih ada lagi murid yang mempunyai sikap tersebut. Murid dikehendaki mengelakkan sifat begitu

Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas

PPKI
Pertama: Apple              Kedua: Dell                           Ketiga: Lenovo

Tahun 4
Pertama: 4 Beta            Kedua: 4 Zeta                       Ketiga: 4 Gamma              

Tahun 5
Pertama: 5 Wira             Kedua: 5 Waja                     Ketiga: 5 Alza

Tahun 6
Pertama: 6 Almon          Kedua: 6 Keruing                   Ketiga: 6 Resak

Taklimat disiplin ( Puan Azwani bt Nordin)

1.    Murid – murid dikehendaki berada di dalam kelas sepanjang sesi persekolahan kecuali dengan dengan kebenaran guru. Melengah-lengahkan diri masuk ke kelas adalah satu kesalahan.
2.    Keluar kelas tanpa kebenaran guru dan tanpa pas kebenaran keluar adalah satu kesalahan. Tindakan disiplin akan dikenakan.
3.    Kehadiran mengikut masa yang dijadualkan bagi latihan olahraga, sukan, aktiviti kokurikulum dan sebagainya adalah wajib.
4.    Murid-murid tidak dibenarkan berada di kawasan seaakolah tanpa kebenaran dan pengawasan guru.

Ucapan guru bertugas
1.    Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
2.    Tema minggu ini ialah Budaya Memberi Salam.
3.    Murid hendaklah memberi salam kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa.
4.    Budaya memberi salam daripada yang tua kepada yang lebih muda tidak menjadi satu kesalahan.
5.    Ketika memberi salam, hendaklah dalam keadaan bersedia, penuh hormat dan baik.
6.    Budaya memberi salam perlulah diamalkan pada setiap hari.

Perkataan lawad
1.    Hempap – timpa
2.    Jump – lompat
3.    اجلس – Duduklah

Watikah Perlantikan Ketua kelas dan Penolong ketua kelas ( Puan Noor Azila bt Ngah)
1.    Puan Noor Azila bt Ngah memperkenalkan ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi tahun 2014.
2.    Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad.
3.    Berkut adalah sebahagian gambar sepanjang majlis berlangsung. 






Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2014

1. Majlis pelancaran telah diadakan dengan meriahnya dan dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Habsah binti Ahmad.
2. Upacara perasmian dan penyerahan mentor mentee telah diadakan dan ini merupakan salah satu daripada program guru penyayang.
3. Berikut adalah sebahagian gambar sepanjang majlis tersebut :

Banner Guru Penyayang
Majlis penyerahan mentor dan mentee
Mentor bersama mentee
Perasmian Guru penyayang


No comments:

Post a Comment