Program
MOTIVASI SELAMI JIWA INSPIRASI CEMERLANG TELAH diadakan pada 7 Februari 2014,
Jumaat malam bermula jam 7.30 hingga 10.00 malam Aktiviti dimulakan dengan
pendaftaran ibu bapa yang hadir iaitu seramai 350 orang. Aktiviti yang
bertempat di Dewan Perdana SKTPP amat meriah pada tahun ini kerana kehadiran
ibu bapa sangat memuaskan.Ibu bapa turut serta dalam solat magrib berjemaah
bersama guru-guru serta murid-murid tahun 6.
Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran
tentang pentingnya ilmu keibu bapaan dalam mendidik anak-anak pada alaf ke 21
ini. Pelbagai cabaran akan dapat diatasi oleh ibu bapa sekiranya mempunyai
pengetahuan yang tinggi serta cara sesuai untuk membentuk peribadi anak
masing-masing. Anak-anak masa kini amat terdedah pada gejala yang tidak sihat
sekiranya tidak dibentuk dan dijaga dari peringkat awal, kadangkala terdapat
ibu bapa yang sibuk mengejar kerjaya hingga berlaku pengabaian terhadap anak
sendiri. Maka dengan adanya program ini moga sedkit sebanyak dapat membina
kesedaran ibu bapa tentang pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap
anak-anak demi kecemerlangan mereka di dunia serta akhirat.
Apa yang menariknya Peserta berpeluang
mendengar ceramah yang disampaikan oleh
En Saiful Anuar bin Haji Basran yang merupakan kaunselor dari SK. Teluk
Panglima Garang. Semasa sesi slot motivasi beliau memberi ceramah dengan penuh
semangat dan diselitkan aksi humor yang membuatkan peserta amat teruja dan
terhibur. Pelbagai tips kecemerlangan yang diberi kepada peserta dalam sesi
ceramah beliau.Guru-guru juga turut didedahkan dengan pelbagai cara untuk
menarik minat murid untuk belajar dengan lebih bersemangat serta bermotivasi.Idea-idea
yang dikongsi oleh beliau amat sesuai dilaksanakan disekolah semasa pengajaran
dan pembelajaran.
Semoga program ini sedikit
sebanyak dapat menyuntik semangat para peserta untuk berusaha dengan lebih
gigih bagi mencapai kecemerlangan serta bagi pihak ibu bapa semoga akan
sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang di dunia dan akhirat.Dan bagi guru, semoga sentiasa tabah dan sabar
dalam menghadapi kerenah anak didik di sekolah.
Di sini dilampirkan gambar
sepanjang program.
Laporan di sediakan:
Pn Norasmawati bt Omar
Penyelaras Program Tahun 6
Sk Taman Putra Perdana.
No comments:
Post a Comment