Pada hari Sabtu 8 Mac 2014 telah diadakan Kursus Kepimpinan Jati Diri Pengawas Pusat Sumber Sekolah / Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas 2014. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP dan telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Jamilah Bt. Arifin.
Program Kepimpinan Jati Diri Pengawas Pusat Sumber Sekolah/Ketua Kelas
dan Penolong Ketua Kelas ini diadakan
setiap tahun bagi memberi pendedahan dan persediaan tentang tugas-tugas seorang
pemimpin. Ia juga diadakan sebagai satu usaha untuk melahirkan barisan pemimpin
sekolah yang berwibawa dan berketrampilan serta amanah dan jujur dalam menjalankan
tanggungjawab dan tugas supaya disiplin murid di pusat sumber sekolah dan di
dalam kelas dalam keadaan baik dan terkawal serta dapat menjalankan tugas-tugas
yang diamanahkan dengan cekap.
Objektif
program adalah seperti berikut :
- Membina nilai dan sikap kepimpinan yang berwibawa dan berkaliber dalam diri sendiri sebagai seorang pemimpin.
- Dapat membentuk diri supaya mempunyai jati diri yang tinggi agar dapat menjalankan tugas dan amanah dengan jujur dan ikhlas.
- Dapat mendedahkan peserta kursus terhadap halangan dan cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan.
- Memberi ruang kepada peserta kursus menunjukkan sifat kepimpinan dan tahu menjaga maruah diri sebagai pemimpin.
- Mewujudkan ikatan muhibah antara sesama pemimpin yang berbilang kaum agar dapat bersatu hati dalam menjalankan tugas.
Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan Jati Diri oleh Puan Jamilah Bt. Arifin
(PK Hal Ehwal Murid)
Murid sedang menonton tayangan mengenai tatacara tugasan. |
Murid mendengar taklimat |
Disediakan oleh Nik Kamisah Bt Mohamad Aziz
No comments:
Post a Comment