Alhamdulillah, Program Mentor Mentee kali pertama telah dilaksanakan di SK Taman Putra Perdana. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru yang terlibat dalam program ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa kalian semua.
Maklumat berkaitan Program Mentor Mentee adalah seperti butiran yang berikut:
TAJUK: MENTEEKU SAYANG
TARIKH: 11 MAC 2014 (SELASA)
MASA: 30 MINIT
TEMPAT: DI DALAM KELAS MURID
SASARAN: MURID TAHAP 2
OBJEKTIF:
1. Mentor dapat membina hubungan (Rapport) dengan mentee
2. Mentee dapat beramah mesra dengan mentor
3. Mentor prihatin terhadap latar belakang mentee
RUMUSAN:
1. Mengenali mentee merupakan elemen yang penting dalam membina hubungan mesra
2. Mengenali mentor juga akan mewujudkan rasa saling sayang dan mempercayai antara satu sama lain
3. Kita perlu mewujudkan rasa sayang, prihatin dan mengenali dengan mendalam setiap mentee dan juga mentor bagi mewujudkan rasa kekeluargaan dalam menyelesaikan sebarang masalah dalam hidup
Mentor sedang mengambil kehadiran mentee |
Mentor mengenalpasti mentee yang tidak hadir dan bertanya khabar mentee |
Mentee bersedia mendengar kata-kata mentor |
Mentee menawarkan diri untuk memperkenalkan diri kepada rakan-rakan mentee |
Wajah-wajah ceria mentor dan mentee |
Mentee beramah mesra dengan mentor |
No comments:
Post a Comment