... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 10, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 11 (SESI PAGI) 10 MAC 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-11 (SESI PAGI) - 10 MAC 2014 
GURU-GURU YANG BERTUGAS: 
1) En Pazli bin Zawawi
2) Pn Norinna bt Mohamad
3) Pn Nik Kamisah bt Mohamad Aziz
4) Pn Azwani bt Nordin 
5) Pn Rosmizawati bt Yusub
6) Pn Jamunarani A/P Bhoja Rajan
7) Pn Mazzaini bt Muda
8) Pn Rima Maon

LAPORAN/ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar.
1) Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2) Bacaan doa oleh Muhamad Syahrizal, pengawas dari kelas 6 Seraya.
3) Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En. Pazli b. Zawawi
4) Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Muhamad Syahrizal, pengawas dari kelas 6 Seraya.

Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (En. Srimahathevan A/L vadivellu)

1. Keselamatan diri
Terdapat murid-murid  yang menggunakan basikal dan berjalan kaki tidak berhati-hati  semasa kereta guru masuk ke kawasan sekolah sehingga guru terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada murid tersebut. 
2. Kebersihan
Murid masih tidak mempunyai kesedaran tentang kebersihan contohnya sampah yang berada di hadapan pun tidak diendahkan sehinggalah di tegur oleh guru barulah mengutip sampah tersebut.
3. Kesihatan 
Kebanyakan murid yang mengadu sakit adalah berpunca daripada tidak bersarapan pagi.

Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
PPKI
Pertama: Compaq       Kedua: Dell        Ketiga: Lenova
TAHUN 4:
Pertama: Beta        Kedua: Delta         Ketiga: Theta
TAHUN 5
Pertama: Waja         Kedua: Savvy         Ketiga: Persona
TAHUN 6
Pertama: Resak          Kedua: Jati         Ketiga: keriung



Ucapan guru bertugas (En Pazli b. zawawi)
1. Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.
2. Tema minggu ini ialah 'Kepentingan Senaman'

Badan yang sihat bermula dari otak yang cergas. 
Faedah bersenam:
1. Badan menjadi cerdas dan cergas
Contohnya solat merupakan senaman yang paling baik 
-qiam dapat merehatkan badan 
-rukuk dapat membetulkan pinggang dan mengelakkan sakit belakang
-sujud dapat menyalurkan saluran darah ke otak.
2. Mengawal berat badan. 
3. Mengurangkan tekanan.
4. Menjadi lebih ceria dan meningkatkan keterampilan diri.

Perkataan lawad
1. kelong - dialek kelantan tipu, tempat kurung/sekatan ikan
2. pestle - alu
3. minshafatun -tuala


Ucapan Penolong kanan Hal Ehwal Murid (Pn. Jamilah bt Ariffin)
1. Kebersihan
- Murid-murid perlu membersihkan kelas apabila kelas tersebut kotor bukan hanya menunggu guru menegur barulah murid mengambil tindakan tersebut.
- Murid-murid perlu membuang sampah ke dalam tong sampah dan jangan biarkan ia bertaburan di tepi tong sampah.
2. Amalan memberi salam dan ucap selamat
- Murid-murid hendaklah menanam sikap memberi salam dan ucap selamat sama ada kepada guru atau rakan-rakan sebaya.


Disediakan oleh : Nik Kamisah Bt Mohamad Aziz

No comments:

Post a Comment