Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas :
1. Encik Pazli bin Zawawi
2. Puan Mazzaini binti Muda
3. Puan Rosmizawati binti Yusub
4. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
5. Puan Azwani binti Mohamed Noordin
6. Puan Rima binti Ma'on
7. Puan Norinna binti Mohamed
Laporan, nyanyian, bacaan doa dan ikrar
- Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dipimpin oleh Puan Astina binti Mahad Noor.
- Bacaan doa diketuai oleh adik Muhammad Shahrizal bin Rahmat (6 Seraya).
- Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Rosmizawati binti Yusub.
- Ikrar murid oleh adik Aniq Iqbal bin Zulkarnain (6 Seraya).
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Norhana binti Nordin
Ucapan oleh Puan Norhana binti Nordin |
- Murid-murid perlu memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih. Menjaga kebersihan kelas adalah tanggungjawab bersama.
- Semua murid diingatkan supaya berada di Dewan Perdana pada waktu rehat tepat pada waktunya bagi melancarkan program tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah.
Pertama : Apple
Kedua : Lenovo
Ketiga : Compaq
Tahun 4
Pertama : Theta
Kedua : Sigma
Ketiga : Gamma
Tahun 5
Pertama : Savvy
Kedua : Waja
Ketiga : Persona
Tahun 6
Pertama : Almon
Kedua : Balau
Ketiga : Seraya
- Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
- Tema : Menghormati hak dan harta benda orang lain
- Perlu meminta izin jika ingin menggunakan barang kepunyaan orang lain.
- Mesti memulangkan barang yang dipinjam.
- Jangan mengambil barang yang dijumpai dengan menjadikan barang tersebut kepunyaan sendiri. Perlu bersikap jujur dengan menyerahkan barang tersebut kepada guru atau bertanya kepada sesiapa yang kehilangan barang.
3. Lawad
- Bahasa Melayu : catu bermakna membahagi
- Bahasa Inggeris : thrilling bermakna mendebarkan
- Bahasa Arab : bus-ta-nun bermakna kebun
Barisan guru-guru bertugas pada minggu ini |
Ucapan oleh guru besar |
- Merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH17.
- Murid-murid Tahun 6 diharap bersedia untuk menghadapi Percubaan UPSR yang akan dijalankan pada 22 hingga 24 Julai 2014 ini. Semoga restu ibu bapa dan guru-guru mengiringi kejayaan semua.
- Memaklumkan pada hari Jumaat ini, 25 Julai 2014 merupakan hari terakhir persekolahan di bulan puasa dan pada hari tersebut akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim dan juga Majlis Bersalaman Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
- Mengingatkan kepada murid-murid agar memenuhi masa lapang dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan sentiasa mengulangkaji pelajaran.
Barisan guru-guru dengan tema kuning
No comments:
Post a Comment